Friday, December 10, 2010

Kalau tak usik, tak sah kot

Hari tu kat office, ada budak bancuh air nescafe ke kopi, aku kurang pasti, aromanya betul-betul menyelinap sampai satu office. Aku tanya kawan, dia kata kopi vietnam, boss cina tu kasi. Agaknya, kawan aku tengok aku tanya, dia pun bagi aku satu paket. Aku cadang balik rumah , nak bancuh , untuk simanja (panggilan utk suami, jangan muntah ye) minum .


Sampai rumah , aku terus keluarkan kopi tu dari dalam beg, letak atas meja makan. Aku pergi bersihkan diri dulu. Lepas mandi, aku galaklah bercerita ngan simanja, tentang kopi tu. Simanja aku pun, teruja sangatlah dengar. Masa tu, simontel main kat ruang tamu. Masa bercerita pasal kopi tu, aku tak de lah tunjuk rupa kopi tu.

Aku pergi jerang air dulu-dulu. Kalau nak buat kopi atau apa-apa minuman, kenalah pastikan air benar-benar mendidih. Kalau tidak, bancuhan minuman tadi, akan timbul buih-buih halus dipermukaannya. Dulu, masa arwah mak aku pesan,masak air, kena pastikan benar-benar mendidih, aku ingat itu semua teori yang dia reka sendiri.

Bila aku pernah jadi pemalas, masak air ala kadar mendidihnya, simanja pernah sound, masa dia minum bancuhan nescafe yang aku buat,timbul buih dipermukaanya. Dengan pertanyaan yang penuh berhemah dari dia ,air tak cukup mendidih ke? Aku tertunduk malu, teringat kemalasan aku. Masa tu lah, pesanan mak menerobos dalam kepala hotak ni.

Berbalik cerita tadi, bila air yang aku jerang dah cukup mendidih, aku pun ambil paket kopi vietnam yang aku sebut tadi, sambil tangan ngan penuh confident, mengibas-gibas paket tu, sambil nak merabakkan bungkusan tu. Secara auto, aku melompat, sambil menjerit, apasal pulak kopi vietnam tadi dah berubah wajah, sila lihat ke bawah, paket yang aku maksudkan,Jeng Jeng Jeng

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*






Ultruman taro betul lah anak aku ni, kenapalah nak menganggu konsentrasi aku, tengah excited. Lagilah nak control cun, sebab simanja dah tunggu kat meja makan, tengah excited nak minum kopi tu. Simontel ni, buat hal betul lah. Lebih menghangatkan hati, dapat jawapan yang tak boleh belah dari dia. "Mana firdaus tahu, ingatkan mainan firdaus". Senang je,.... dia jawab.


Cepat ambil pen dan kertas..., salin resepi buat air kopi ni.





Tuang 1 packet serbuk kopi dalam mug.





Tuang air yang mendidih tadi, ke dalam mug. Janganlah tambah susu atau gula.




Senyum tapir : Pendapat korang perlu ke cipta packet yang berbeza sikit dari packet permainan tu, kalau ada cadangan sila emailkan ke akakspider69@gmail.com.Penting sangat ke?

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina