Monday, December 13, 2010

Kerja sambilan ...Modal sikit..Pulangan lumayan

Tajuk tepat tak? Kerja masak kat rumah, memang kerja sambilankan, Modal sikit, memang masak laksa ni modal sikit, pulangan lumayan , dapat makan , berulang-ulang kali. Secocoklah ngan tajuk di atas.

Sabtu, buntu, tak tahu nak masak apa, tiba-tiba teringat kawan office, bawak laksa yang mak di a buat mengunakan sardin tin. Dulu arwah mak aku buat laksa, guna ikan selangat ngan kembung je. Apa salah , kalau mencuba benda baru, ye tak?

Dengan bermodalkan lebih kurang RM12, aku beli segala kelengkapan untuk membuat laksa. Okeykan modal sebanyak tu, nak dibandingkan ngan beli dah siap, makan tak boleh ulang-ulang. Biasalah ayat-ayat cam tu , bila tengah rajin masak.

Kalau malas, ayat tu jadi lain pulak. Ayatnya mesti cam ni, berapa orang sangat , kalau nak masak. Beli lagi murah. Biasalah manusia biasa, boleh berubah-ubah ikut keadaan.





Mula-mula simbah mee laksa ngan air panas, dan tuskan. Lepas simbah, cepat cucur ngan air paip atau sejuk. Teori tak kasi mee laksa melekat.




Timun hiris, bawang besar, cili api, daun salad dihiris halus.Kalau suka boleh letak nenas dihiris





Telur rebus di belah dua.




Sebelum memasak kuah laksa, isi ikan terlebih dulu dilenyek halus ngan garpu.




Senang je, Cili mesin ngan 4 biji bawang merah ngan 2 ulas bawang putih. Masukkan kedalam periuk, yang dalamnya ada isi sardin yang dah dilenyek. Masukkan air , bersama asam keping.Jangan lupa bubuh daun kesum dan bunga kantan.





Simontel, mulalah buat muka toya. Biasalah orang tengah selsema. Selsema cam tu, eloklah makan laksa atau tomyam.


Senyum tapir : Mood masak agak memberangsangkan, tak tahulah sampai bila oleh bertahan. Lagi satu korang cam tak? , bila poket penuh je, mood masak hilang, kenapa yek?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina