Saturday, December 11, 2010

Maria Mariana




Oleh kerana semalam ramai pembaca bising(aku tambah sendiri) tentang ayam rosemary , tapi cerita pasal lain, aku cuba tukar tajuk yang lebih kurang sama ngan cerita. Cam mana, babak pergaduhan, secocok tak ngan Maria Mariana, sebab filem Maria Mariana, ada budak perempuan bergaduhkan.

Malam semalam, lebih kurang pukul 8.30 malam, sewaktu aku menyidai kain, aku nampak ada 2 kumpulan budak perempuan bergaduh. Bukan bargaduh bertumbuk tapi bergaduh mulut. Aku ni bukan busy body, oleh kerana dorang tu semua bawah umur, kebody busy aku pun datang. Kalau dulu, nampak jiran bergaduh, mak aku cubit , tak kasi aku tengok. Sekarang ni aku kena tengok sampai habis, sebab nak ambil berkat, nak menulis blog.


Aku cuba pasang telinga, sila baca babak-babak prgaduhan kat bawah :

Kumpulan A lebih kurang berumur 13 tahun /Kumpulan B lebih kurang berumur 14 hingga 16 tahun

Kumpulan B : Semalam ko pergi mana?(ngan cekak pinggang, dan bersuara ganas)

Kumpulan A : Pergi mana pulak?(ngan suara takut)

Kumpulan B : Aku dengar ko dating, ngan simamat jalan 2. Lebih baik ko cakap betul-betul.(suara lebih ganas dari yang mula-mula)

Kumpulan A : Aku jumpa simamat tu, bincang pasal sekolah.

Kumpulan B : Ko tahu tak awek simamat sapa?Atau ko tahu, buat -buat tak tahu.

Kumpulan A : Sumpah (nama mu dolah, tetekmu sebelah) aku tak tahu

Kumpulan B : Ko jangan nanti kita orang belasah ko (suara brutal) sambil menolak bahu kumpulan A .

Aku yang dah habis sidai kain, boleh buat -buat basuh kaki pulak. Harap jangan salah sangka,aku bukan busy body, ini semua demi , nak menghidangkan cerita-cerita tauladan sikancil ngan sisinga.

Kumpulan A : Apa ni, aku tak nak cari gaduh ye(badan mengigil)

Kumpulan : okey, lain kali aku tahu ko jumpa simamat tu, siap ko. Sambil cau, dari tempat tu.tinggalah kumpulan A terkebil-kebil.

Aku pelik betul , ngan budak -budak sekarang, besar-besar tu(tetek baru nak tumbuh) dah pandai bergaduh pasal boyfriend. Aku cakap terus terang , masa aku bujang, bab lelaki ,aku memang kuno sikit. Bagi aku perempuan tak boleh berkawan ngan lelaki, bila berkawan itu pakwe ngan makwe.

Masa time persekolahan aku tak pernah fikir teman lelaki. Bila dah habis sekolah, dah bekerja, barulah aku jumpa kawan lelaki, itu pun seorang je. Bila orang tahu aku kahwin masa berumur 20 tahun, dorang cakap aku gatal. Aku tak peduliklah, apa orang nak cakap. Masa tu, aku fikir bila aku dah kenal satu lelaki tu, aku dating dalam 1 atau 2 bulan, aku mesti terus ajak kahwin. Bagi aku buang masa keluar dating-dating , tapi hubungan tak kemana-mana.

Walaupun itu dulu, zaman aku, bila masuk bab anak, aku terbuka sikit. Cuma aku selalu pesan, jangan tipu aku, katakan pada aku, walaupun itu amat memedihkan atau pahit sekalipun. Sebab jadi ibubapa, aku tak suka nak terima kemanisan sahaja. Bukan aku doa perkara yang terburuk untuk anak. Aku cuma bersedia, segala kemungkinan yang terjadi.

Lagi satu pesan aku pada anak, walau sebebas mana dan sesosial mana, maruah diri harus dipelihara, selain dari amal ibadat. Sebagai perempuan , tak de yang lebih berharga, selain dari maruah diri. Nak lihat budak zaman sekarang lagi tak, lihat di bawah


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Lagi satu, budak zaman sekarang, 5 tahun dah panda melayari internet. Masa aku umur cam ni , baru pandai main tudung botol ngan batu seremban. Lieya akak menghadapi benda yang sama macam kau. Nilai kekeluargaan dah semakin berkurangan, ibu bapa sibuk bekerja, anak sibuk melayari internet.



Senyum tapir : Semakin canggih dan moden dunia sekarang, semakin perbuatan manusia ke arah zaman jahiliah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina