Saturday, December 18, 2010

Perkara umum (1)- belajar

Dari kecil hingga dewasa, kita tak pernah lari, dari melalui proses pembelajaran. Masa kita kecil dulu, ibubapa dan cikgu yang mengajar benda baru yang kita tak tahu. Sekarang, masa kita pulak, mengajar pada anak kecil kita, benda yang sama. Ini Proses biasa dalam kehidupan , suka atau tidak, semua orang kena lalui.

Menjadi ibubapa, jemu dan bosan, bukan alasannya , tak melayan kerenah mereka. Ya, aku mengaku, itu alasan aku dulu, bila tak nak layan kerenah mereka, terutama, bila mereka mengajukan soalan, yang aku rasa tak munasabah dalam otak fikiran, contohnya "mak, mengapa burung boleh terbang?, kenapa kita tak boleh terbang?, aku jadi cepat melenting.

Bila kejadian melenting, sebab benda kecil macam tu, aku terfikir, macam manalah cikgu kat luar sana, boleh melayan kerenah dan pertanyaan anak murid mereka, yang berpuluh-puluh orang, satu hari. Mungkin tak de kesabaran macam tu lah, aku rela melepaskan tawaran menjadi cikgu kafa dulu. Perkara dah lepas, malas aku nak kenang balik.


Hari demi hari, aku cuba memasuki alam mereka. Belajar cara mereka bermain, bercakap dan berimiginasi dengan benda yang mereka sentuh dan lihat. Arwah mak dan , teman rapat yang dah berumahtangga banyak bagi tip cara menghadapi situasi anak kecil.




Anak kecil semua sama, suka berinteraksi dengan patung permainanan.





Berimiginasi dengan benda yang dirasakan pelik.


Pengalaman membesarkan simontel dengan cara teratur dan penuh displin, ,membuat aku rasa kerdil, bila teringat masa membesarkan 3 anak yang lain. Betapa dulu, aku kurang ilmu pengetahuan dalam mendidik anak,sementelah berkahwin seawal 19 tahun. Faktor umur, bukan menjadi batu penghalang, dalam aku mendidik anak-anak dengan penuh displin dan kasih sayang. Alhamdulillah ,Didikan aku dipatuhi, mana yang kurang, aku redha.

Aku manusia yang banyak pantang larang, terutama bab buang sampah. Tak sia-sia, dari kecil , aku terapkan , amalan buang sampah di tempat yang sepatutnya , sampai sekarang simontel tak akan membuang sampah merata-rata, tak kira di mana.


Diharap pembaca yang kat luar sana, sentiasa bersabar menghadapi keranah anak -anak , seperti aku melayan pertanyaan simontel , petang semalam kat bawah


*
*
*
*
*
*
*
*
*





Simontel : Mak itu ular ke?(sebanyak 5 atau 6 x)




Aku : Bukan, itu tayar lama( sebanyak 5 atau 6 x)



Senyum tapir : Terapkan pada diri anak kecil anda, agar menjaga kebersihan alam sekitar sejak kecil lagi, kalau nak selamatkan bumi ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina