Thursday, December 16, 2010

Tak semenggah

Dalam menjalani kehidupan kat muka bumi ni, banyaklah kategori manusia yang tak semenggah aku jumpa . Diri aku ni semenggah atau tak dimata orang lain, aku pun kurang pasti, tapi sebagai manusia aku akan berperangai semenggah yang boleh. Kalau tak tercapai gak , kategori semenggah gred A, tak dapatlah aku nak menolongnya, aku dah buat sehabis baik.Di bawah ni aku senaraikan, kategori manusia yang tak semenggah dari kaca mata aku :-

1) Tuala mandi(terpenting dalam hidup aku)



Manusia yang pakai tuala mandi, tak tahu nak sidai. Semberono melemparkankan, selepas mandi. Itu yang membuatkan tuala mandi , berbau masam dan bertahi lalat.

Aku tak berminat gak, kalau pergi rumah orang, tuan rumah , bagi tuala yang dia dah guna. Kalau tetamu, selalunya aku beri tuala yang baru dibasuh. Bagi aku tuala mandi , salah satu barang peribadi yang tak boleh dikongsi. Walaupun aku tinggal 3 orang sahaja dalam rumah, aku akan keluarkan 4 helai tuala mandi, lepas sekali pakai, esoknya aku basuh. Setiap hari , aku nak guna tuala mandi yang baru dibasuh sahaja. Jangan ikut perangai gila aku.


2) Toilet


Aku tak suka manusia yang dah guna toilet, tapi tak tahu nak bersihkan.
Manusia membuang, tak pastikan flush dengan betul, sebelum meninggalkan toilet. Bila kita nak guna toilet, jadi mangsa pulak nak membersihkan balance -balance air kunyit tu.(Notis : Manusia istimewa dikecualikan dari senarai ni)


3) Manusia yang dah ambil sesuatu atau membuka sesuatu barang, tapi tak tahu nak tutup semula. Contohnya, membuka pintu almari baju, lepas tu biarkan pintu almari terkangkang.

Termasuk gak budak di pejabat, yang dah mengangkangkan fail aku, lepas tu biar macam tu. Rasa aku nak sagat je, kepala dia. Sesiapa yang berperangai macam tu, cuba dia buka baju, lepas tu tak pakai baju semula. Macam mana rasanya? . Boleh ke??? , aku buat perumpamaan macam tu.gilosss


4)Ini masalah kecik pada korang kot, tapi besar pada aku. Manusia yangmenyidai kain, tak ikut kategori, lemaslah,spender, baju dalam, kain batik semua bercampur. Kalau aku menyidai, semua aku kategorikan. Jangan marah, anak aku memang benggang ngan perangai aku yang satu ni. Bila dia sidai tak ikut kategori, pasti kena rombak. Macam Perdana Menteri merombak pegawai kabinet.


5) Kategori manusia pulak , yang suka dah tahu, tapi buat-buat tanya. Cam cilakak je perangai cam tu.

Aku ni jenis orang yang berahsia, tapi kalau orang tu tahu sesuatu pasal aku, dari mulut orang lain pun, lepas tu, kalau dia tanya, aku tak melenting pun. Yang membuat aku melenting bila , soalan yang berbelit. Alah-alah malu konon nak tanya, tapi dalam hati ada taman.

Manusia ni, tak puas hati, kalau tak dengar dari mulut tuan punya badan sendiri. Manusia kategori dah tahu, tapi buat-buat tanya, aku suka sangat bagi jawapan yang dorang geram. Baru dia tahu,hati sapa yang terbakar.

Nak tahu jawapan, yang membuatkan hati orang macam tu terbakar. contohnya :-

Makcik jual kuih tanya : kenapa anak perempuan ko pindah, tak duduk sekali ngan ko?

Aku : Cam ni, boyfriend dia tu berada, dia bayar sewa , bagi makan pakai. Duduk rumah goyang kaki je. Tu yang adik lelaki tu pun, nak pindah sekali.

Macam mana best tak jawapan tu. Manusia busy body cam ni, kena bagi jawapan yang mantap sekali. Baru lepas ni dia mati , mata terkatup. Lepas tu, kalau ko jumpa dia semula, mesti dah tak de soalan cepu emas.

6) Perempuan yang dengan lelaki, tak sombong, kalau dengan perempuan pulak dia sombong. Ini tak boleh jadi. Korang tak pernah jumpa kot.Aku bukan jeles. Contohnya cam jiran aku, Bini dia , boleh tegur laki aku "tak kerja ke hari ni"?.

Aku sepuluh kali lalu pun, tak pernah dia tegur.Ini bukan petanda , aku jeles tau. Menjemput open house pun jemput laki aku, Berapa kali jumpa aku pun, tak pernah cakap. Sorrylah aku bab nak cakap ngan laki orang ni, memang tak pandailah, kecuali dia tegur dulu.Aku masih mengamalkan konsep gadis melayu.


Senyum tapir : Pilihan terletak ditangan anda.Yang mana?

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina