Saturday, December 4, 2010

Trauma-Part 2



Gambar sekadar hiasan(ini Botak Chin digantung sampai mati 11 June 1981)



Sambungan dari kisah Trauma part 1, Kisah pada sekitar tahun 1996, pada masa tu aku bekerja di Rembau sebagai kerani, di sebuah kedai menjual getah skrap. Kedai ni kepunyaan sepasang suami isteri berbangsa cina. Walaupun mereka sepasang suami isteri, tapi aku jarang nampak mereka bertegur sapa.Bukan aku busy body ye, itu dari yang aku nampak.Bila suami dai datang ke meja aku, isteri dia yang duduk di meja sebelah, cepat-cepat beredar, muka tegang semacam.Bukan sehari , setiap hari cam tu. Aku ni jenis tak suka nak tanya masaalah rumahtangga orang.Baik kau jaga tangga rumah aku, lagi baik.

Cuma, isteri tauke tu selalu menasihati aku, jangan terlalu percaya ngan lelaki. lelaki tak de guna. Sebagai kuli, aku anggukkan je cakap dia. Nanti , kalau membantah apa pulak dia cakap. Isteri tauke ni, terlalu percayakan aku.Segala urusan bank, semua di serahkan pada aku.Sementelaah lagi , dia tak tahu membaca dan menulis dalam bahasa melayu.

Kerja aku tak de lah banyak sangat.Cuma tunggu penduduk kampung, datang jual getah skrap. Bila dorang datang, aku timbang dan bayar duit. Meja tempat aku duduk bertentangan ngan sebuah tingkap kayu yang sentiasa dibuka pada waktu siang. Deretan kedai, semua kedai lama. 4 tahun lepas, aku tinjau tempat tu dah banyak berubah, kedai-kedai lama diroboh dan dibina semula.

Cerita pasal kedudukan tempat duduk aku tadi, dekat ngan tingkap. Dari tempat duduk, aku sering nampak ada satu lori kecik parking kat tepi tingkap tu. Kira lama gak, akukerja kat situ, sehingga dah kenal ngan pemandu lori dan kelindanya sekali. Kedua-duanya melayu.

Dorang kerja di kedai perabut seberang jalan.Aku pun boleh nampak kedai perabut tu dari kedai aku bekerja. Pernah jugak kelindan lori tu, kirim aku beli nasi. Aku tak kisah, mungkin dia sibuk. Dari pandangan mata kasar, kelindan lori yang berumur dalam lingkungan 30 an tu, nampak orangnya beradab, pendiam dan menghormati orang.

Aku bekerja di situ lebih kurang 5 bulan lamanya. Selepas tu aku pindah ke Port Klang balik, dan bekerja di tempat sekarang. Pada satu malam sedang aku menonton buletin utama TV 3 di rumah,di kaca tv , aku nampak kelindan lori yang aku kenal tu, ditangkap atas kesalahan mendera anak perempuanya yang berumur setahun hingga meninggal dunia. Beberapa kali aku gesek mata, sebab macam tak percaya ngan berita tu. Keesokan hari, aku beli surat khabar, sebab nak tahu cerita tu ngan lebih terperinci. Memang sah, itulah kelindan lori yang aku pernah kenal.

Macam pelik je dunia , kita dah tak dapat cam orang jahat yang sebenar. Peristiwa itu membuatkan kehidupan aku tak tentu arah. Setiap kali, kalau aku berjalan seorang ngan membawa handbag, bila ada orang lain sedang berjalan di belakang, aku rasa takut.

Sehinggalah pada satu petang, aku nampak seorang lelaki India berjalan di belakang aku. Aku rasa jantung nak gugur serta berdebar kencang , sambil menoleh kebelakang, aku berjalan cam orang masuk acara lumba jalan kaki. Aku jalan cepat, lelaki India, lagi macam nak berlari aku rasakan.Last sekali dia memintas, jantung aku macam nak berhenti.Korang tahu apa Lelaki India tu buat, "awak ingat saya nak curi handbag awak ke"? Dia cakap aku ni gila.Semenjak tu aku tak ulangi perkara yang sama.



Senyum tapir : Betullah apa orang tua cakap, pengalaman banyak mendewasakan kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina