Wednesday, June 30, 2010

Muffin Pisang berwalnut



Preparation untuk family reunion hari sabtu lepas.

Ingredients

1)7 pisang berangan -diramas
2)250gm walnut-dibakar 6-7 minit pada suhu 100 celcius(sejuk dan ramas)
3)cairkan butter 150 gm-sejukkan
4)telur 4 biji
5)3 tsp-baking powder
6)1/2 tsp-soda bicarbonate
7)1/2 tsp garam
8)120gm gula castor
9)fresh milk 50ml
10)essen banana





sediakan 2 bowl

bowl pertama(dry ingredients)- masukkan tepung gandum, garam , baking powder, soda bicarbonate ngan walnut (gaulkan semua bahan)

bowl kedua(wet ingredients)-pukul telur ngan gula sampai gula hancur.bubuh sedikit essen banana kemudian, masukkan butter yang dah dicairkan tadi.masukkan fresh milk sedikit demi sedikit sambil memukul ngan sudip tu.(tapi yang ni aku pakai whipping cream (balance buat cheese cake ari tu).last sekali masukkan pisang yg dah diramas.





jangan tiru cara aku ye.sepatutnya walnut tu gaul ngan tepung.aku lupa.kalau korang nak buat ,walnut tu gaul ngan tepung tu ye.okey, curahkan wet ingredients diatas dry ingredient.gaulkan kesemua bahan...kacau sekejap je, janji nampak semuanya bergaul.




sudukan dalam acuan kertas .Bakar pada suhu 190 celcius selama 20 minit.




Muffin pisang berwalnut, sila abaikan yang ada mix fruit tu. tu balance aku buat scones ,tu yang aku bubuh kat atas muffin.

Spagethi



Preparation Sabtu lepas punya family reunion

Bahan-bahannya apa yang ada dalam fridge je(tangkap muat). Memandang cousin aku tu datang pukul 3 petang, aku buat spagethi jelah.

Ingredients

1)bawang besar -potong dadu
2)tomato puri
3)terung bulat -potong dadu(boleh ganti ngan capsicum atau cendawan butang/shitake)
4)Dada ayam cincang halus(sebab minced meat tak de, tu yang aku gigih cincang dada ayam (ambik isi saja)






Herba kering seperti diatas.




tumis bawang sampai naik bau, lepas tu masukkan isi ayam yang dicincang tadi.Jangan lupa cerai-ceraikan isi ayam tadi.kemudian masukkan terung bulat tadi.





Last sekali masukkan tomato puri.Bubuh garam ngan gula sedikit sebagai penambah rasa.Sebelum angkat bubuh sedikit Daun orageno & Basil kering.Kalau nak pedas bubuh serbuk paprika .





Spagethi dicelur ngan air panas.Jangan celur spagethi terlalu lama.Dah lembut sedikit bolehlah diangkat dan tuskan , gaulkan dengan minyak zaitun sedikit.

Kari Ayam simple (style India)



Ingredients

1)Halia-1 inci dimayang
2)bawang putih 4 biji -dihiris nipis-nipis
3) Bawang merah 4 biji -dihiris nipis-nipis
4)daun kari
5)kayu manis ngan herba campur sedikit
6)Rempah kari -4 tbsp
7)tomato 2 biji dipotong baji
8)kentang 2 biji dipotong kecil.







Tumis daun kari , herba campur, bahan hiris sampai naik bau.kemudian masukkan tomato bersama kentang.




Masukkan ayam yang sudah dipotong kecil-kecil.masak ayam sampai kecut, kemudian baru masukkan rempah kari tadi.masukkan lebih kurang 400 ml air . bubuh garam 1/2 tsp ngan 1 tsp gula sebagai penambah rasa.masak kari ayam tadi sehingga betul-betul masak.





Ayam kari yang sudah siap untuk dihidang.Selalunya orang india makan apa-apa kari mesti ada Apallam.




Apallam




Panaskan minyak sehingga betul-betul panas.masukkan sekeping Apallam kedalam minyak.terbalikkan dan terus angkat.Selalunya goreng Apallam kena sekeping demi sekeping.Apallam ni masak sekejap je.




Tuskan minyak Apallam, sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Tuesday, June 29, 2010

Cheese cake



preparation untuk family reunion .

Cheese cake

1)cream cheese-250 grams
2)Biskut oreo-2 packet atau 3 packet-dihancurkan
3)Whiping Cream-500ml
4)2 tbsp- tepung jagung
5)4 tbsp- tepung gandum
6)castor sugar -200grams
7)Telur-4 biji





1)kulit lemon diparut-1 tsp
2)lemon juice-1 tsp




Pukul cream cheese ngan castor sugar sampai kembang.masukkan telur sebiji demi sebiji.Pukul sampai kembang lagi.




masukkan whiping cream sambil mengacau adunan.kemudian masukkan kedua-dua tepung tadi.kacau lagi sampai sekata.




Biskut oreo yang hancur tadi digaul bersam 150gm butter yang dah dicairkan,kemudian simpan dalam fridge dulu.




Tuang adunan diatas lapisan biskut tadi.Bakar 110-120 darjah celcius selama 2 jam (teknik water bath)





cheese cake dah siap untuk dihidang kepada tetamu vvip aku(family cousin)




saje nak snap gambar dekat.kwang kwang

Monday, June 28, 2010

Family Reunion



Hidangan yang aku sediakan untuk ketibaan VVIP kwang kwang , cheese cake(Adiff suka), muffin pisang berwalnut(permintaan cousin), spagethi.Resepi sekejap-kejap lagi ye.

Korang ingat tak ari tu aku ada cerita, aku kehilangan cousin yang dah lama tak jumpa kat sini.
Family reunion pada 26 June 2010 pukul 3 petang. Cadangan nak turun KL, tapi tak jadik, memandangkan aku kurang sihat.Kesian ngan kawan blogger aku tu, ingatkan nak jumpa dia sekali, tapi harapan kecundang.maafkan akak ye dik.muahhh muahhh.Lain kali mesti jadik.Pertemuan ni , setelah kami berpisah selama lebih kurang 8 atau 9 tahun.Apalagi korang layan ye sessi memposing diri masing-masing.aku layan je.




kiri , anak aku Olin, kanan Alissya Haifa, anak cousin no 2
yang tengah cam tak kenal.model aku yang paling mantopp Firdaus.





Adiff Haizal , anak cousin no 3 (peminat tegar cheese cake), pendiam, single and available.kwang kwang.Jangan main-main baru darjah 1 tau.Yang hujung jauh nun disana, laki aku.korang tak nampak.




nama seperti diatas........



nama seperti diatas......



Kanan, Aliff Haikal anak cousin no 1 (pendiam, single and available) baru form 3 lah.



Pegang bahu kena paksa, sungguh pemalu siAliff Haikal ni.



Datin Markonah ngan cousin tersayang.




Datin Markonah again.kwang kwang.masin mulut aku, betul-betul datin.




Layan Gambar ye...penat nak taip....















Sekian terima kasih, aku hidangkan ngan serangkap pantun 4 kerat.

kalau ada sumur diladang
boleh aku menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
Bila kita mahu berjumpa lagi...kwang kwang kwang

Happy Birthday MIL yang ke 65 tahun



Malam minggu aritu aku ngan family menyambut Harijadi MIL yang ke 65.Tahun lepas aku cerita pasal birthday dia kat sini kan.Kita orang satu family menyambut birthday MIL kat Restoran Port Village.




Laki aku ngan Firdaus jalan berdua-duan.kita orang sampai lambat, sebab naik motor.



Layan gambar ikan kat restoran tu ye.











Kerapu ke ?



Layan gambar adik ipar aku pusenthi, single tau.

Gambar makanan tak de, dah habis tak sempat ambik gambar.gambar kulit ketam adalah.kwang kwang



ketam sodap ,goreng cili api.makanan banyak, ada ikan , sayur, ayam mcm-mcm adolah.




Baju biru tu laki aku, tengah dok ralit berborak ngan mak dia.itulah birthday girl,MIL aku.kwang kwang.Adik ipar aku, Loges yang berbaju putih.



Bapak metuaku tengah perati orang menyembang.




Adik ipar aku punya bini, Tolasi.Belakang tu yang tukang sibuk tu anak dia ngan Firdaus.







Kecik-kecik dah pandai jelir lidah.



adik ipar aku Wani ngan anak dia Rishan.anak dia aktif sangat , tak boleh duduk diam.



Tengoklah tu, nak turun tengok ikan je.




Baru nak pandang....



Last sekali cam habis sekolahlah, tangkap gambar beramai-ramai.last sekali Happy birthday MIL semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.muahhh muahhh.ni laki aku punya sengal, tangkap gambar punya jauh.layan je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina