Tuesday, November 30, 2010

Papan notis/no.01/2010 dated 30/11/2010





Pagi ni sahaja aku didatangi oleh 5 orang tetamu, (hitam, putih gebu, buruk, handsome, cantik) dengan pertanyaan :

Tetamu 1 .Selamat pagi, boleh jumpa ngan ms. tu

Aku bawa dan cari ms. tu

Tetamu 2 : Ms. tu ada, saya ada appoinment ngan dia

Aku bawa dan cari ms. tu

Tetamu 3 : Ms. tu ada, saya ada appoinment ngan dia

Aku bawa dan cari ms. tu

Tetamu 4 : Ms. tu ada, saya nak jumpa dia

Aku bawa dan cari ms. tu

Tetamu 5 : Ms. tu ada, saya ada appoinment ngan dia

Aku bawa dan cari ms. tu


cilakak, vavi , geram, penatlah




Tempat ini bukan kaunter pertanyaan.



Printer company punya, tapi tanggungjawab aku.Satu printer ,10 orang guna.vavi, tukang rosak ramai.



Senyum tapir : Nasib badan, company yg belum siap , tumpang ofis kita.

Oh Bulan$!%#+&$



Gambar bulan ni, diambil pagi tadi berhadapan ngan flat 8 tingkat.

Oh bulan ko dengar tak?
Aku nak bagitahu satu cerita
Cerita tentang 2 ekor monyet
1 ekor monyet tu orang baru, satu lagi orang lama.
Mereka 2 ekor ni, dah menjadi sahabat setia
Dah tak boleh dipisahkan
Aku taklah cemburu
Masaalahnya, monyet ni menyusahkan aku.
Suka tunjuk pandai.
Hari ni, memang hari cam aku nak tanggalkan kepala 2 ekor monyet tu , dan ambil otak dia.
Pagi tadi 2 ekor monyet ni dah memalukan aku.
Penatnya aku menyembah kaki pencari harta karun, atas arahan 2 ekor monyet ni.
Naik tengahari, dia suruh aku cancel pulak.
Manalah, aku nak letak muka ni.
Lain kali, tak dapek eden nak nolong ekau lagi.Betul ke loghat akak ni N 9, lisa.

Jom layan nasi goreng aku pagi tadi, korang jangan peduli, itu luahan hati yang terlampau geram. Aku kalau geram , suka cakap ngan bulan.Cakap ngan orang , bukan paham.




6 biji cili masak dimesin kering
Bawang merah kecil 5 biji ngan 4 ulas bawang putih dimesin kering.
Ikan bilis ikut suka, berseh dan dimesin kering.





Tumis semua bahan sampai naik bau, kemudian masukkan sayur apa-apa, ikut kehendak hati masing-masing. Ini, aku letak sayur sawi. Masukan nasi putih bersama kicap cair, dan secubit perasa.Kicap cair sebagai penganti garam.Laki aku ni, banyak sangat pantangnya, tak boleh letak garam nanti masin sangat.




Nasi goreng makan ikan masin sedap gak kan.Habis dah aku, tak de rasa masin.





Isi air dalam cerek, jangan sampai penuh. Tenggek atas dapur.



Tunggu air betul-betul mendidih, jangan sampai air dia kering pulak. Ratu jelita sila ambil resepi cara masak air, yang ko minta hari tu.



Senyum tapir : Manusia sekarang ni banyak guna lutut dulu masa buat kerja, sebelum guna otak.Insyaalah !aku tak, aku guna otak, sebab lutut aku dah tak kuat.

Cap piala ke cap pinggan dan keropok



Aku tanya pada simontel , keropok ikan segera tu sedap tak?



Sedap, kalau cap pinggan dan keropok, cap lain tak nak.Tak sempat basuh mulut budak ni.



Pilihan aku ni, tapi ratu kebaya suka cap piala.






Danial menangis pagi tadi, tak dapat makan keropok segera cap pinggan dan keropok tak?




Babab vontot ko nanti, baru tahu.




Dewi cili sedang memujuk Danial. Kesabaran dia ni, tahap gaban, kalau aku, dah jadi keropok si Danial ni.



Senyum tapir : Orang lain punya pasal, aku pulak yang jadi mangsa,terpaksa update cerpen kat sini.Dah bangkai tak tahu buat kerja.Aku sabar je ngan keranah dorang ni.

Monday, November 29, 2010

cek nuffnang

Maaflah kalau mengunakan tajuk , yang boleh mengundang amarah korang. Tajuk begitu saja, yang dapat menarik minat pembaca di luar sana, betul tak? Kalau aku tulis tajuk, cara buat air nescafe mesti lambat je orang nak masuk blog aku. Jadi aku mengunakan tajuk yang meletup-letup cam gunung berapi. Lain kali aku nak buat tajuk gempak-gempak, bagi korang terasa hangat hati ngan aku. Jangan marah, teknik-teknik nak up kan traffic yek?Jangan cuba-cuba nak sepak, itulah lain kali jangan nampak tajuk , baru nak terjah, kalau boleh terjah hari-hari, walaupun entry yang aku buat hanya satu ayat contohnya " aku tak de mood nak update". Pernah ke aku buat cam tu?kalau tak de mood, bukak blog pun aku tak kan buat entry.

Walaupun semua orang di luar sana, tahu cam mana nak buat air nescafe, tapi aku tetap nak bagi tips untuk dapatkan air nescafe yang paling tersedap di hati suami, anak, ibu, bapa dan kawan korang. Mari ambil pen dan kertas,sila salin tipsnya.


Susu pekat manis ngan nescafe.



Kacau sebati susu pekat manis ngan nescafe, lepas tu baru tuang air panas yang dah mendidih.



Silakan minum, wahai semua pembaca-pembaca.Apa yang korang nampak?kurang susu, bila tuang nampak cair.Tak payah rasa, samada manis atau tawar, masa kita tuang, dah boleh nampak.






Tengahari tadi minum nescafe panas, bersama maggi kari dibuat oleh ratu cili api kita.Air hidung dah lama tak keluar pun, boleh meleleh keluar. Walau bagaimana pun sayur mesti ada, my peberet forever.



Senyum tapir : cara masak air panas tau tak?kalau tak tahu, jangan segan-segan nak tanya plak.Malu bertanya sesat jalan.

Sunday, November 28, 2010

Makcik tengah masak





Makcik tengah masak untuk family.Sekarang ni, hari cuti je makcik masak.Mood makcik datang pada masa cuti je. Hari bekerja, makcik pemalas. Makcik makan kedai je. Mana boleh makcik cam tu, cam mana nak kaya cepat, asyik makan kedai je.Tak pelah bila aku jumpa makcik ni, aku bagi nasihat kat dia, supaya dia tersedar diri.






Ayam goreng separuh masak.


Hirisan halia ngan bawang putih
Belimbing buluh 3 biji dibelah 3
serbuk lada hitam
3 biji cili masak dibelah dua



Belimbing buluh.



Tumis sampai naik bau, kayu manis ,bunga lawang, hirisan bawang putih, halia, cili masak ngan belimbing buluh.Masukkan kicap kipas udang, cili sos ngan serbuk lada hitam. Bubuh secubit perasa. Last sekali bubuh ayam goreng, kacau sebentar, kemudian angkat.



Cili ni bukan cili api, gambar ni laki makcik tangkap.





Ibu jari laki makcik tunjuk tanda bagus ke atau rajin masak?



Makcik goreng sayur bayam, resepi cari kat dalam ye.


Senyum Tapir : Rindu ngan masakan arwah mak, mak siapa yang boleh masak untuk aku makan.

Saturday, November 27, 2010

kecut




Hari raya puasa lepas , anoy balik Melaka rumah adik lelaki dia. Dari Melaka , dia bawak cencaluk. Peberet ni, dah lama tak makan. Kalau bawak balik rumah, memang tak sentuh. Nak harapkan aku sorang yang makan, bila nak habis. Tadi baru cadang nak buat , dah lepas 3 bulan , aku bukak peti ais kat pantry pejabat, aku jumpa ;



Limau yang dah kecut setelah 3 bulan aku tinggalkan.





Cili api dah kecut setelah 3 bulan aku tinggalkan.


senyum tapir : Manusia macam tu ke, selepas ditinggalkan 3 bulan?

Friday, November 26, 2010

janggut , jubah, warak ke?



Semasa membuat satu tugasan di pajabat, sambil memakan keropok perisa udang mimi keluaran edaran SNEK KU Sdn. Bhd. , tiba-tiba aku teringat satu cerita yang aku nak kongsi, tapi cerita ni ada pro ngan kontra . Harap yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

__________________________________________________________________

Di suatu pagi, aku menunggu kawan, hendak ke tempat kerja, di hadapan gerai dalam gambar dibawah. Aku sering sampai di situ awal. Sementara menunggu kawan sampai, aku sering berbual-bual ngan makcik nasi lemak tu. Aku kenal makcik jual nasi lemak tu dah lama, sebab gerainya berhampiran ngan flat keluarga. Cuma aku je dah berpindah dari flat tu. Kebanyakan anak-anak makcik tu, aku kenal, tapi taklah rapat sangat.Anak perempuan dia semua cantik-cantik belaka.

Dalam beberapa minit aku berbual, datang pulak seorang lelaki berjanggut yang dah beristeri, aku kenali gak. Aku berbual-bual , tanya perkembangan terkini tentang keluarga dia. Flat yang aku duduk bertentangan ngan flat dia duduk. Lelaki berjanggut yang aku dah lupa nama dia tu, boleh tahan waraknya. Aku simpulkan dia orang yang warak kerana dari jubah yang sering dia pakai kehulu kehilir, percakapan yang sering keluar dari mulutnya banyak hal agama je.

Masa tengah berbual-bual ngan lelaki berjanggut, kereta kancil kepunyaan anak perempuan makcik tu berhenti, betul-betul kat depan gerai mak dia. Keluarlah anak dara yang cantik pada pandangan aku.Pakaiannya, tak delah menjolok mata.Dia berkemeja ikut badan dan tak berapa ketat atas bontot ngan berseluar slack. Mungkin bentuk badannya yang cantik, tinggi, kurus membuatkan baju yang dia pakai menampakkan susuk tubuh.

Naik terjojol dan tak berkedip mata lelaki berjangut, memandang anak dara makcik tu. Aku senyum, tak kisah pun kalau dia nak pandang.Itu hak dia. Bak kata laki aku, tak luak pun, kalau nak pandang. Menjadikan aku kisah bila lelaki berjanggut yang tak sedar diri tu tanya pada makcik tu cam ni , selepas anak dara dia beredar :-


Lelaki berjanggut (sambil mata tertumpu kearah vontot anak dara tu) : Anak dara makcik tu , kalau saya dapat, tak cari lain dah.body mengancam. Dah kahwin ke?
Makcik : gatal!!! sambil tersenyum malu-malu.
Lelaki berjanggut : betul tak ina?body mengancamkan
Aku(dalam hati vavi ngan cilakak) : Apa paten ko.Bini ko kat rumah ko simpan, suruhlah pakai cam tu. Pelik ye, perangai lelaki cam ni, bini suruh litup semua terkatup, bertudung labuh, lepas tu sibuk dok gatal pandang anak dara orang.
Lelaki berjanggut :Ina, ko marah ke ?
Aku berceramah : Aku tak marah , kalau kau tanya pada orang lain. Ini, ko tanya pada mak budak tu sendiri , tentang anak dia. Fikirlah sikit perasaan orang tu.
Lelaki berjanggut : sengeh sengeh malu.
Aku ceramah lagi : paten orang melayu , selalu sangat aku tengok cam tu. Bini dia suruh jadi alim dan simpan kat rumah. Tapi bila dia keluar mana-mana , mata dok melilau cari perempuan pakai terdedah.Pandang suka-suka tak pe, ni pandang , nak usik- usik.Kalau aku mak budak tu yang ko tanya, aku tak tahulah ko dah sampai mana aku tendang.




Gambar sekadar hiasan, menunjukkan perempuan yang seksi.




Rumah lelaki berjanggut, di flat berwarna merah tu.




Aku duduk dihadapan gerai ni.





Senyum tapir : tak sabar nak tengok 2 alam , bukan kat panggung wayang, tapi beli dvd cetak rompak.Dr.Rozmey, jangan marah ye, tak mampu nak beli tiket wayang.

Berubah

Berubahlah , aku tujukan khas untuk peniaga-peniaga berstatus sederhana. Contohnya, kategori gerai makan di kawasan pinggiran desa. Kebanyakan gerainya berstatus seafood. Aku tak tahu kat mana seafood tu? Daripada penilaian aku sendiri, tauke gerai ni, kena menghantar pekerja-pekerja dorang, kursus cara bercakap ngan pelanggan ketika mengambil order. Aku fikir, pekerja-pekerja dorang kena peka dengan deria mata, telinga dan lidah.


Tukang ambil order : nak makan apa?
Aku(teringat western, teringat chicken chop) : apa yang ada?
Tukang ambil order : senyum tanpa kata-kata.
Aku (kecewa) : Bagi nasi goreng cina 2, jangan letak cili, budak makan ye.Tomyam satu, jangan letak daging, tak nak nasi.
Tukang ambil order : minum apa?
Aku : Teh limau O ais 3


selang beberapa minit, laki aku panggil tukang ambil order.

Laki aku : Chicken chop ada dik?
tukang ambil order : orang buat chicken chop tak balik lagi dari kampung, start dari raya haji hari tu.
Laki aku : tak pelah
Aku : Balik mana, lamanya?
Tukang ambil order : kelantan
aku : hrmmmm senyummm





Suasana malam tadi masih gerimis, ketika aku sampai kat gerai yang statusnya western food dan seafood. whatever.




Jejaka berbaju merah ngan simontel kaler baju yang sama.





Simontel tengah menyedut air kegemarannya, teh limau O ais forever.





First time, bila tomyam datang, mengujakan aku. Bila aku hirup, wowwwwww, sedap memang sedap, tapi pedas 7 star. Bila digali , dan telah aku jumpai 6 atau 7 batang cili api yang telah dipecah-pecahkan. Bukannya aku anti pedas, tapi 2 ngan 3 hari ni, aku ada masalah dalam mulut. Waima aku tak cakap pun, tolonglah faham siapa yang boleh makan kepedasan cam tu.Cuba jawab pertanyaan ini?




Nasi goreng cina untuk simontel.




Ayam goreng untuk simontel gak.




Reaksi kepedasan nasi goreng cina ke?


Senyum tapir : Aku sendiri terfikir, peniaga -peniaga makan kat luar sana, buat makanan macam tekak dia sendiri nak makan. korang rasa cam mana ye?

Thursday, November 25, 2010

Pukau- Panahan Mata Nenek Bertha

Siapa yang pernah tengok drama bawang putih ngan bawang merah, mesti kenal ngan nenek Bertha. Kalau kena panahan mata dia je, korang boleh terkulai layu, dan terus menurut perintah.
Kalau ngan penjual jalanan atau penjual yang datang ke rumah, aku amalkan prinsip, tak pandang mata dia, dan terus katakan tak nak. Kadang aku konpius ngan istilah pukau tu. Bagi aku pukau, cam kita terpukau ngan kata-kata orang. Aku pun kurang pasti, erti pukau yang sebenar.




Simontel , nenek bertha versi moden. Bulan 9 kena pukau, lepas 2 bulan kena pukau lagi.




Tengok tu, dia memukau ngan panahan mata nenek bertha, tanpa berlengah aku terus menghulur duit pada tauke cina tu. Mula-mula dia nak beli helikopter, kemudian cancel, nak beli gerabak keretapi , Thomas & friends. Danial pun suka Thomas and friends.Tanpa membantah dan fikir 10 kali, cam lalok je, masa bukak beg tu.Masa dalam perjalanan pulang, dia boleh tanya cam ni

Simontel : Mak!mak !, rasa ayah marah tak firdaus beli ni?
Aku(dah tersedar dari kena pukau : siaplah ko, ko jawab sendiri ngan ayah .
Simontel : Ayah cakap, kalau Firdaus tak nakal, boleh beli mainan
Aku : Kalau rosak, siap kau.




Tak kuasa aku nak layan, ayah dia tolong sambungkan.Permainan dah menimbun, rasa aku nak loyongkan je.




Perut montel terus kenyang sampai malam.




Tak jadi beli putu mayam, sebab ramai sangat yang beratur.Mesti sedapkan, kat situ.






Simontel dah tak pandang satay yang berkuah manis sangat ni, dah dapat gerabak keretapi.



Senyum tapir : Aku rasa, mak bapak kat luar sana, mesti ramai yang kena pukau ngan anak dorang bawah 7 tahun.

Special kat sini

Jawapan semalam, entry disini ialah baju Jejaka ngan simontel , baju yang sama.kwang kwang




1)Gerai ni terletak ngan rumah arwah emak, dia berniaga dari anak perempuan sulung aku berumur 3 tahun, yang sekarang ni umur dia dah 20 tahun.

2) Makanan dijual ngan harga yang paling murah dibandingkan ngan tempat lain.

3) Budak perempuan yang berkaca mata tu, sebaya ngan anak perempuan aku yang sulung.

4)Gerai yang pertama kali aku nampak, dipasang ngan kipas bumbung.



Budak perempuan ni dah bertunang, tak lama lagi akan melangsungkan perkahwinan.




Juadah yang berbagai-bagai ni dijual, diwaktu pagi.Semua ada .




Ayam gorengnya special , ranggup dan terasa rempah jintan manis. RM2.50 seketul.




Kambing yang nak kena sembelih sedang membeli juadah.



Paling special sekali ialah pada tahun 1995, sewaktu anak perempuan sulung aku berumur 6 tahun.Masa tu dia bersekolah Tabika Kemas. Bulan 11 , Tabika kemas mengadakan jamuan raya. Jadi, semua murid-murid dikehendaki memakai baju raya.Anak perempuan aku, suruh mencari baju kebarung yang paling dia suka, ditempah pada masa raya. Puas aku cari, semua almari aku selongkar.Tapi tak jumpa. Masa tu dia merengek-rengek, aku cakap pakai baju kurung yang lainlah.

Dia akur, dengan cakap aku. Semasa aku ambil dia pulang dari tabika, dari jauh aku nampak dia menangis.Aku tanya, kenapa?. Dia kata, kawan dia dah pakai baju kebarung yang aku cari tak de tu. Sambil dia menuding jari ke arah seorang budak . Budak tu adalah, budak perempuan yang berkaca mata di atas.Memang sah dia yang pakai.Aku pun pelik, kenapa pulak baju tu sampai ketangan dia. Aku tak tanya pun pada budak tu.Aku anggap dah tak de rezeki.


Selang beberapa hari aku pergi ke kedai mamak, berhampiran ngan rumah aku. Dalam kedai mamak, aku terserempak lagi ngan seorang perempuan memakai baju kurung aku yang dah hilang dalam simpanan. Aku pun tanya cam ni :

Aku : Mana beli baju ni?
Perempuan : Ada budak penagih jual, murah-murah.Kenapa?
Aku : Tak de apa-apa, cantik.Sambil senyum dan berlalu.



Senyum tapir : Masaalah sosial yang biasa kita dengar, rasanya tak patut kita membeli barang yang penagih dadah jual, mungkin kita mengalakkan lagi, ramai orang yang menagih.Itu pendapat aku.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina