Thursday, January 6, 2011

Belon panas

Setiap manusia di muka bumi ni , yang lahir sebagai wanita yang mempunyai pasangan sah disisi agama, mendambakan cahaya mata, tanpa cahaya mata, mereka rasa, perkahwinan mereka hambar. Aku pun turut rasa , yang sama.

Aku manusia biasa gak, pernah melalui proses kehamilan dan melahirkan. Hamil dalam usia masih hijau, tapi aku matang melalui proses tu semua. Dulu lain, masa hamil anak perempuan sulung, aku hanya buat pemeriksaan sekali je, kat klinik kerajaan, begitu jugak ngan 2 anak yang lain. Masa Firdaus je, aku melakukan pemeriksaan kehamilan secara tetap, setiap bulan.Alhamdulillah, aku melalui proses kehamilan paling mudah, tanpa loya atau mabuk.

Alhamdulillah, aku melalui proses melahirkan anak , yang tak menyakitkan sangat. Masa melahirkan, anak perempuan sulung, bila aku turun tanda(darah), terus ke hospital, dalam masa 20 minit, settle. Dikuti anak kedua ngan ketiga, aku melalui proses yang sama cam yang sulung .Anak kedua dan ketiga paling mudah nak dibandingkan yang pertama, air ketuban pecah kat rumah, terus je aku ke hospital, selang beberapa minit, dah lahir. Syukur sangat pada Allah SWT, yang memudahkan semuanya.

Sekarang masuk pulak time aku melahirkan Firdaus, pada 6 June 2005. Firdaus ni langsung aku tak plan, nak hamil lagi. Bila disahkan hamil , aku terima je ngan redha. Anak , rezeki dari Allah SWT, sapa nak bagi. Masalahnya, masa hamilkan Firdaus, aku tak dapat ingat tarikh last aku period, aku main agak je, bila doktor tanya. Mungkin tarikh tu dah silap, jadik, date aku nak melahirkan, sampai overdue.

Selepas seminggu dari tarikh melahirkan yang doktor kasi , doktor bagi appoinment ke hospital, nak periksa jantung anak. Tarikh yang masih segar dalam ingatan, 6/6/2005 pukul 6.00 pagi aku keluar dari rumah. Sebelum ke hospital, aku singgah warong makan mak mertua dulu , mengisi perut ngan sepiring kecil mee goreng bersama nescafe panas. Sempat lagi menolong apa yang patut, tepat 8 pagi, simanja hantar aku ke hospital.

Selepas melalui beberapa procedur, aku dipanggil oleh doktor. Macam-macam pemeriksaan dilakukan, sehingga jarum jam menunjukkan 12 tengahari. Tanpa aku duga, doktor suruh aku masuk wad, sebab dah overdue. Masa kat ward , dorang dah letak tray nasi kat hujung katil aku. Perut lapar sangat, bayangkan , masa keluar rumah tadi, makan mee je, sikit. Baru je , nak tarik tray nasi, nurse nak tolak masuk bilik bersalin. Tak sempat aku nak jamah nasi.

Nurse tu cucuk tangan belah kiri, dia kata nak induce aku. First time aku dengar perkataan tu, dan first time gak, aku kena induce nak melahirkan anak, scary sangat. Masih segar dalam ingatan 6/6/2005, tepat 12.30 tengahari , aku terbaring di atas katil kat dalam bilik bersalin. Jam dinding, bentuk bulat tu, terletak betul-betul kat hujung kaki aku . Simanja tunggu kat luar, biasalah gomen. Kalau diberi peluang simanja masuk dalam bilik bersalin pun , aku tak nak, segan.

Selang beberapa minit, aku rasa cam perut aku ni nak meletup. Nak menghilangkan kesakitan yang teramat dashat tu, besi tepi katil jadi mangsa gigit aku. Dammmmmm sangatlah , kalau orang cakap, melahirkan cara normal guna induce(paksaan) ngan tak induce sama. Kalau tak induce, tak delah perut ko, nak meletup cam ni. Baca dalam article, memang mantop , dorang cakap kesakitannya sama.

Kesakitan melahirkan yang Allah SWT beri, tak delah sesakit bila kena induce.Bila dah cam tu, nurse pulak tak bagi teran. Sila imagine sendiri.Aku melahirkan 3 anak yang lain, tak pernah kena induce, memang terasalah perbezaanya.Aku tahu, dorang tak bagi teran, sebab kepala baby belum turun, kalau teran gak, ditakuti banyak lapisan akan koyak.

Masa nilah teringat, cam mana emak melahirkan aku. Aku pulak jenis tak dengar cakap mak, Suka sangat main tanah liat kat rumah kawan, masa umur 9 tahun. Suka sangat main guli pitik ngan anak pak imam depan rumah. Aktiviti aku penuh, main konda kondi, raounders, galah panjang, batu seremban ngan tudung tutup oren. Mengalahkan jantan. Mentang-mentanglah mak baik, tak suka bising. Mak ampunkan aku.

Jarum jam, makin laju berputar, perut laju gak cam nak meletup, bercampur tahan azab lapar. Sampai aku merayu kat nurse, bagi aku sikit air. Saat tu aku teringat, tak ke babisss nurse tu, tergamak dia nampak aku pegang tray nasi, dia tolak aku ke bilik bersalin. Lainlah kalau aku dah nak terberanak kat situ. zalim tul. Kebanyakan Nurse ni, lebih kuah dari sudu, mengalahkan doktor, kalau kat hospital.

Jarum jam menunjukkan pukul 6 petang, kesakitan yang aku alami semakin kuat. First time dalam hidup, aku rasa kesakitan nak melahirkan. lebih dari 1 jam. Tepat pukul 6.15 petang Firdaus pun lahir.Mengucap panjang aku,kelegaan.

Syukur pada Allah SWT, selamatkan aku dari bahana bahan letup tu. Seumur hidup, tak pernah rasa kesakitan yang amat dasyhat, sampai aku panggil nurse suruh bedah perut aku, masa tu gak.Bila disorong masuk ward, aku turun dari katil , kedua lutut aku menyembah kelantai cam ko sembahyang nak turun sujud. Lapar oii, sampai mengigil kepala lutut. Last makan pukul 6 pagi sampai 7.00 petang , baru dapat makan. Kalau puasa lain,kita melahirkan anak , perlu guna tenaga yang banyak.. Sila imagine sendiri. Tak nak aku ingat lagi, naik meremang bulu roma.




Anak perempuan kedua



Yang kiri , anak lelaki ketiga



Anak perempuan sulung ngan anak lelaki keempat.


Rasanya baru je semalam , benda-benda tu berlaku, tak sangka semuanya dah besar. Hebatkan kebesaran Allah SWT.


Senyum tapir : Baik korang mengaku, kalau pernah kena bahan letupan tu masa proses korang melahirkan anak?

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina