Tuesday, January 4, 2011

Bizi body waktu pagi

Bila sekolah bukak, agenda bizi body kembali, waima yang bersekolah, tinggal seorang. Aku tetap buat benda yang sama, cam masa anak-anak yang lain bersekolah. Cian pulak, dengar rintihan Firdaus, lepas balik sekolah. Mak, lain kali firdaus nak bawak bekal nasi, tak boleh tahanlah, cikgu bagi makan biskut. Biasalah sekolah bagi makan biskut, sebab tak bagi budak-budak, breakfast yang berat waktu pagi.

Biasalah Firdaus dah biasa makan berat-berat, jadi dia rasa masih lapar, bila kena makan biskut. Sekarang, setiap hari , kalau dia sekolah, aku buat breakfast yang berat sikit, supaya dia tak cepat lapar. Contohnya pagi semalam, aku buat nasi goreng.




Bergolek-golek, sementara menunggu aku siap masak.

Pagi semalam, buat nasi goreng guna cili basah.



Bahan-bahan utama. Korang boleh tukar ikut kesesuaian.



Menumis agenda pertama.



Secara detail, cilok je resepi aku kat sini, tahun baru ni cam malas pulak nak taip panjang-panjang. Yang mana perlu adjust, adjustlah, ikut kesesuaiaan.



Nasi goreng dah siap, bolehlah lepas ni, Firdaus terus ngap.


Senyum tapir : Bab paling aku lemah, nak ajar Firdaus membaca atau menulis, sebab dia suka nak jadi cikgu dan ambil rotan, dia pulak ajar aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina