Monday, January 10, 2011

cempoi

Sabtu malas nak masak, bila minggu menjelma, berubah jadi rajin plak. Mood memasak ni, selalu datang tak tentu masa. Memandangkan hari minggu, simanja ke laut, jadi aku patah kaki nak berjalan. Lauk kat peti ais memang boleh tahan stoknya, sebab dah lama tak diusik. Korek dalam peti ais,jumpalah bendi dah nak kecut, sayang nak buang, tu yang terciptanya bendi goreng ngan udang. boleh gitu?




1)udang ada cepot.
2)1 labu bawang besar ngan halia 1cm dihiris.
3)5 batang bendi yg dah kecut, dipotong 2 cm
4)sedikit sos cili ngan sos tiram




Goreng bawang ngan halia sampai naik bau, kemudian goreng sayur bendi tadi.Bila bendi dah separuh masak, boleh masukkan udang yang dah digaul ngan tepung jagung.Last sekali masukkan cili sos bersama sedikit air.Bubuh sesudu kecil gula, nak menghilangkan rasa masam cili sos tadi.



Sesuai untuk kanak-kanak yang tak makan pedas.




Bahan A

1) 4 sudu besar serbuk cili + 1 sudu besar serbuk kunyit
2)1 labu bawang besar di potong dadu
3)1cm halia ngan 5 ulas bawang putih dimesin kering
4)3 sudu besar ketumbar + 2 sudu besar jintan manis (dimesin kering) kalau nak lagi sodap, korang sangrai dulu rempah , sebelum dimesin. Jangan pakai serbuk segera ketumbar dan jintan manis, kurang power.


Korang tahu tak, masak guna rempah ratus yang kita mesin sendiri, memang sedap. Aromanya memang mengasyikan. Bila dah habis makan pun, kat tangan masih berbekas bau rempah tu. Tiba-tiba, teringat masa aku belajar subjek sejarah, sekolah rendah dulu, Vasco Da Gama, penjelajah Portugis cuba menawan India dan Maluku, gara-gara perdagangan rempah. Rempah-rempah ni jugak, menyebabkan Belanda menyusul ke Maluku. Negara kita pulak , rempah diperkenalkan sejak zaman kegemilangan Melaka lagi, apabila dia menjadi Pelabuhan dagangan rempah yg terkenal.




Gaulkan bahan A tadi, kedalam ayam lebih kurang 1 ekor bersaiz kecil. Perap selama 30 minit.




Bahan sampingan kentang ngan tomato ikut suka.



Selepas ayam dah diperap selama 30 minit, panaskan sedikit minyak ke dalam kuali. Maaf, kalau korang nak masak dalam periuk pun boleh, tapi aku lebih suka mengunakan kuali, senang nak kacau sambil mengetuk kuali.kwang kwang. Selepas minyak panas, masuk ayam tadi ke dalam kuali, bersama kentang ngan tomato. Perlahankan api, nak membolehkan ayam tadi masak ngan sekata, Tambah sedikit air , masak sehinga ayam dan kentang empuk. Last sekali boleh bubuh garam, ngan sedikit gula sebagai penambah rasa. Kalau boleh campakkan secepot asam keping.



Okey gak, tanpa mengunakan santan dan minyak yang banyak.




Maaflah, aku jarang sangat nak puji masakan aku, tapi kali ni aku teruja ngan rasa rempahnya yang yummy yummmy. Cuba ye!!!!!!!



Duk sambil makan tu, layan lagu maher zain, layan wa cakap sama lu.


Senyum tapir : Budak sekolah sekarang, ada belajar sejarah pasal rempah tak, korang rasa?

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina