Wednesday, January 12, 2011

Kudaku lari






kawan tempat kerja, tak de blog ye.Pagi tadi dia tanya aku, ada kalendar kuda tak?


Nasib tak boleh belah hari ni, blog sendiri tak boleh bukak, kat opis. Cam biasalah ada beberapa blog kawan-kawan pun dah diblock.Lantak koranglah , janji korang bahagia.Boss aku ni melahirkan kalendar yang cantik-cantik, sebab supplier banyak yang kasi disetiap awal tahun baru. Semua ada. Tangkai jering sikit dia ni, sanggup simpan dalam kotak, nak tanam dan bakar sekali kot.

Korang tahu tak orang cina kalau matikan, keluarga simati akan bakar barangan peribadi (dalam bentuk kertas) yang simati suka. Contohnya kalau suami aku suka memancing , bolehlah bakar joran ngan sampan kertas. Konon-kononnya , bolehlah suami aku memancing, kat atas nanti. Aku tahu pun, Akak ipar yang ada kedai jual barang sembahyang cina tu, banyak cerita kat aku pasal ni. Terkekeh -kekeh aku ketawa, masa mula-mula dengar.

Cerita lagi ye, kat kedai dia ada macam-macam barang kertas yang nampak real. Lipstic kertas pun ada. Kalau simati , masa hidupnya suka make up, nanti dorang bakarlah lipstic tu sekali. Lantak pil ah dorang, setiap agama , ada adat dan kepercayaan mereka sendri. Dalam masyarakat majmuk , kita kenalah hormati.


Cerita pasal kalendar balik, bukan dorang je, aku pun sama. Aku ingat kalendar kuda , dah tak relevan lagi, zaman sekarang ni. Kat rumah pun, aku letak kalendar kuda je.Senang.

10 orang , aku tanya pendapat, kenapa nak kalendar kuda?

Jawapan yang aku dapat semuanya sama, senang nak tengok cuti.

Jadi konklusinya , rakyat Malaysia , suka time cuti ye. kwang kwang.Jangan sepak aku. Ini ramalanku benar belaka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina