Tuesday, January 18, 2011

Lewat malam

Jarum jam, menunjukkan 1.28 pagi, aku masih tak mampu, melelapkan mata. Fikiran menerawang jauh, teringatkan mak Adeeb. Naluri keibuan aku tersentuh, dari petang semalam, membawa ke malam, bila dengar berita Adeeb 4 tahun disahkan, menghidap autisme syndrome disorder.

Mak Adeeb yang aku kenal melalui alam maya ni, seorang ibu yang ceria. Dari pandangan mata kasar aku, dia ibu yang penyayang. Biarpun aku kenal ngan dia , tak sampai setahun, sifat dia yang begitu friendly, membuat aku rasa dekat dengan dia. Setiap hari, tak sah , kalau aku tak baca apa yang dia tulis dalam blog . Selalunya entry dia berkisar hal keluarga, terutama cerita pasal Cik Meen ngan Adeeb , buah hati pengarang jantung dia. Sehari dia tak update blog, aku rasa ada kekurangan .

Tak sangka pulak dah 4 hari dia tak update blog, ada peristiwa yang menimpa keatas family dia. Cik pah, akak harap kau tabah menghadapi ujian dari yang maha esa, Allah SWT. Kau diuji, bukan sebab Allah SWT tak sayangkan ko. Cuma Allah SWT , nak tahu sejauh mana kesabaran kau sebagai hamba Allah atas ujian itu. Akak tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, sebab tu, akak nak turut sama merasai apa yang kau rasa.


Habis ingat kisah mak Adeeb, aku teringat kisah arwah mak pulak. Arwah mak seorang yang pendiam, pemurah dan baik hati. Aku puji bukan sebab dia mak aku. Aku cakap dari pandangan aku sebagai manusia biasa. Selama aku hidup, aku tak pernah nampak arwah mak ngan ayah bertengkar. Aku nampak, bila arwah mak ada rasa tak puas hati ngan arwah ayah, dia termenung atau menangis kat tingkap bilik belakang. Dia tak pernah meluahkan perasaan pada sesiapa, kalau ada masalah, waima anak sendiri.

Walaupun masa kecil, kehidupan kami susah, tapi arwah mak tak pernah merungut. Berapa duit yang ayah bagi, dia terima tanpa bantahan. Masa tu ayah berkerja sebagai buruh binaan. Gaji pun tak seberapa. Bila duit tak mencukupi, untuk menampung perbelanjaan keluarga, arwah mak, buka satu meja kat depan rumah, untuk berniaga kuih muih ngan nasi lemak.

Arwah mak buat banyak kuih dalam satu hari, contohnya kuih keria, lopis, cucur udang, cucur badak, pecal, dan macam-macam lagi. Semua kuih tu dibuat cara tradisonal. Contohnya cam kuih lopis dibalut ngan daun pisang, kemudian dikukus. Aku jadi pelik pulak, bila nampak orang sekarang, jual kuih lopis togel cam tu. Arwah mak, kalau nak buat sesuatu penuh teliti contoh cam nak buat kuih, bahan-bahan tak boleh kurang. Kalau cucur badak, mesti ada seekor udang ditepek kat atas.

Pesan mak , kalau nak buat kuih untuk bagi orang makan, kena buat ngan ikhlas dan sedap. Bila orang beli sekali , dia makan rasa sedap, orang tu akan datang beli lagi. Arwah mak pun, pernah berniaga kat pasar ramadhan. Walaupun pasar ramadhan banyak persaingan, arwah mak tak pernah gentar, pada dia rezeki masing-masing. Alhamdulillah , arwah mak berniaga kuih tak pernah yang tak habis. Kalau 2 atau 3 ketul tak habis, adatlah.



Terima kasih kepada google.com. Contoh kuih lopis yang dibuat oleh arwah mak aku dulu.


Kalau waktu boleh berputar, aku nak kembali ke zaman tu, biarpun masa tu kehidupan aku susah.



Senyum tapir : Kasih sayang adalah sesuatu yang tak boleh dinilai ngan wang ringgit. Pada aku wang ringgit adalah satu keperluan di alam yang tak kekal ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina