Tuesday, January 11, 2011

Nash terjah rambut ketak




Hari ni suria pagi memancarkan sinarnya. Pagi , pergi kantin, yang ada tinggal dua ketul kepak ayam goreng . Bissness maju lah tu.Pagi-pagi ni teringat pulak ngan simanja, kalau aku minum kat luar, dia mesti orderkan milo kurang manis, walaupun aku belum cakap lagi. Mungkin dia tak suka aku minum manis kot?

Sekarang ni Firdaus tambah nakal, suka sangat wit wit, kalau nampak anak dara atau
mak dara, dorang tersengeh-sengih cam kerang busuk , bila nampak yg usik dorang tu, budak kecik. Lagi satu tabiat dia, suka sangat tengok cermin sebelum nak pergi mana-mana. Aku suka cermin dan bunga, teringin nak tengok boneka dalam cermin, atau gadis bunga . cam pelik je aku dengar.

Hobi aku baca novel, dalam simpanan aku banyak novel yang best-best, ditulis oleh penulis yang famous. Novel yg ada dalam senarai, Pah kardshian, Mata berbicara, 100 hari mencari ratu,

Majalah kuntum, masih segar dalam ingatan. Siri Charlie Angles dan I dream of jenny, memang tak pernah miss tengok , masa dulu.

Kenapa ye?, walaupun dah lama aku dengar nama bunga seroja tu, tapi baru first time tengok rupanya.

Teringat pulak ngan bini abang pomen, hari ni, dia tak menang tangan, Sharifah Aini pulak, mesti tengah sibuk tolong mak tanam pokok petai.




Akhirnya pilih punya pilih, yang menarik perhatian telur mata kerbau goreng ngan kacang peas. Alah-alah orang putih ke tu? Makan pagi bawak ke tengahari sekali.

Cikgu tadika,kalau bagi anak murid makan telur cam ni okey tak?




Hantu kak limah menyorokkan wajah disebalik nescafe ais.

Dulu memati aku ingat penagih dadah je ada tegar, sangkaan aku meleset rupanya, peminum air tambah air batu pun ada tegar. Hantu kak limah ni , aku dah naik rimas tengok dia batuk berkahak dah dekat nak seminggu. Mana cam mana aku tak rimas, pergi kerja aku tumpang kereta dia, setiap 50 meter dia batuk. Bila aku tanya, dah jumpa doktor ke?, dia cakap dah, tapi aku tengok tak pernah pun makan ubat. Dalam dunia ni matcham-matcham ada.




Korang tengok dia punya ais, setiap hari kalau tak pekena ais, tak sempurna kot hidup dia. Batu besar cam ada duduk dalam kepala dia. Kat luar petir sambung menyambung, hujan mencurah ngan lebatnya, kat dalam pantry, dia maintain buat air nescafe letak air batu.Cubalah jawab, tegar ke tak tegar?.





Senyum tapir : Sekian terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina