Thursday, January 6, 2011

Pemberontak-khas yang suka nak ambil tahu.

Aku kena cakap semua ni, kalau tidak, manusia kat luar sana tu, tak tahu pulak, harta aku yang berbilion ringgit ni. Patern manusia sekarang ni, aku dah nampak sikit-sikit. Kalau kita cakap betul punya, dorang tak percaya. Cuba ko cakap putar belit, garenti percaya 100%

Aku lemaslah, bila orang dapat bonus dan gaji beribu riban, nak iri hati ngan gaji orang cam aku aku, yang seciput ni. Contohnya, bonus aku RM4,000, sipolan tu dapat RM17,000, tak logikkan , bolehlah sibuk tanya, aku beli apa ngan duit yang aku dapat. Yang tak sedap nak dengar, dia dah tahu aku beli apa, bila jumpa aku, buat-buat tanya, apa yang aku beli pulak. Aku ni, jadi manusia, tak suka sangat nak tanya, korang beli apa ngan duit yang korang dapat. lemaslah...Bila jumpa ngan manusia dah tahu, tapi buat-buat nak tahu ni. Terserlah sangat muka kepalsuan.

Kalau nak tanya, tanyalah direct. Ini cam ko nak pergi KL, tapi ko pusing kelang, Shah Alam, Padang Jawa ngan kampung Delek berputar-putar, tapi hati tak puas sibuk nak tanya. Bila bab dorang beli emas sampai kesiku tu, tak pernah lagi , aku sibuk nak tanya, waima aku tak bergelang tangan emas.





Kenal tak sibaju hijau tu? Bakal mewarisi set joran berbillion ringgit(kirim salam malam-malam) simanja punya. Balik dari sekolah semalam, terus kepengkalan, meninjau joran milik simanja.





Ini dia ikan Gubal, Firdaus tangkap, cam mana percaya tak? Ikan senangin 3 kilo ke atas di panggil Gubal.



Firdaus sedang memerhatikan ikan yang dia tangkap semalam , sedang ditimbang. okey tak cerita tu.






Besarkan ikan Gubal.



Boat laju simanja(harga berbillion ringgit) cam mana okey tak cerita tu . Manusia manalah yang telah mencampakkan jala(bertanda x) kat atas boat laju simanja tu.


Senyum tapir : Bila ingat pasal manusia cam ni, melemaskan aku, ngan kebodohan dorang ni. Family sendiri tak nak jaga, nak jaga family orang. Lebih baik , aku layan, budak kepala rock, tak banyak masalah.hampehhhhhhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina