Saturday, January 1, 2011

Teruja

Selamat melangkah ke tahun 2011. Dengan harapan 2011, membawa sinar yang lebih bergermelapan dari tahun 2010. Aku teruja sangat dapat melangkah tahun 2011 ni. Lagi teruja, esok 2/1/2011 hari ulangtahun perkahwinan aku. Banyak sangat benda-benda yang membuat aku teruja.




Semalam, aku mendaftar simontel ke Tadika. Aku suka sangat tengok wajah teruja seorag budak , bila baru nak melangkah ke alam pesekolahan. Dah lama sebenarnya , tak nampak keterujaan wajah-wajah tu. Pengalaman tu dah lama aku tinggalkan, sementelah anak yang lain, dah meninggalkan alam persekolahan . Cuma tinggal simontel seorang ni.

Balik ke rumah semalam, kehulu kehilir diusungnya beg dan peralatan sekolah. Biasalah, baru nak melangkah ke alam persekolahan, semua dapat barang baru. Budak-budak sekarang beruntung, kalau nak dibandingkan zaman aku dulu. Jangan harap, nak berganti baru selagi tak koyak.





Simontel boleh teruja kalau dapat makan nasi goreng cina . Kalau aku makan kat luar, tak de benda lain dia yang nak minta, kecuali yang satu ni. Nasi goreng cina pulak mesti ada seketul ayam goreng.




Kari ikan tenggiri



ikan tenggiri



Kopi ginseng 5 + 1



Aku pulak teruja , bila dapat makan nasi bersama kari ikan , semestinya dari restauran India. Kari ikan mereka , mempunyai rasa yang betul-betul boleh membuat aku teruja.

Pada mulanya rakan sepejabat, tengok aku makan ikan kuah, mereka pelik. Kebanyakan orang suka makan ikan goreng. Adik beradik aku yang lain pun pelik ngan aku. Sebenarnya dari azali , aku dah macam tu. Dulu, kalau arwah mak, masak kuah ikan, yang menghabiskan ikan tu aku seorang je. Kalau ikan tenggiri lagi aku suka.

Bertambah teruja, bila makan nasi ngan kari ikan bersama air kopi ginseng panas. Tak dapat aku gambarkan perasaan pada masa tu.




Lagi satu yang buat aku teruja, tomyam seafood. Hari-hari makan tomyam pun tak pe. Selalunya aku makan tomyan ni, ngan nasi sahaja, tanpa lauk yang lain.

Okeylah cukup sampai di sini, aku ngan family ada urusan nak di selesaikan, jumpa petang nanti. Semoga korang happy menyambut tahun baru ngn family.




Senyum tapir : Sejak azali lagi, aku tak suka makan nasi dengan lebih dari 2 lauk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina