Friday, February 11, 2011

2 x terbakar

Pagi lagi, memang aku dah terbakar ngan boss, pasal sikap mengarah -arah dia. Naik waktu tengahari, ingatkan tak de lagi orang yang nak menaikkan kemarahan aku, rupanya ada seorang lagi makhluk ni , dia pak guard dah nak pencen(forever terbakar ngan dia). Pagi tadi suami aku hantar ke tempat kerja, sebab dah terlambat keluar dari rumah, jadi hantu mesti pergi dulu.

Berbalik kisah kat pejabat pagi ni, masa aku nak ambik consignment note kat tingkat atas, pak guard tu ngan seorang lelaki sedang berborak kat depan fax. Aku lalu je depan dorang masa nak ambil consignment tu. Pak Guard yang forever aku terbakar bila nampak muka dia tu ,tegur aku "cam mana, okey ke? Aku balas balik, "okey je , apasal tak okey plak" Dia tak puas hati lagi ,tanya lain plak " amboi, pagi tadi laki hantar nampak" aku geram cam dah tak ingat sambil bagi pukulan smash "orang ada laki, tak kan pakwe nak hantar kot." Aku berlari sepantas kilat meninggalkan pak guard yang loser, boleh.

Cerita pasal pak guard yang sama, dia ni jadi pak guard dah berbelas tahun, dari kilang ni kat south port lagi. Masa kat south port aku tak kenal dia, bila kilang ni dah pindah westport, barulah kenal. Tak kenal bukan bermakna aku sombong, sebabnya tak cukup kaki tangan nak kira pak guard kat sini, ramai sangat.

Lagi pak guard yang sama, satu hari dia tanya aku" ayah cam mana?" Aku terkejut beruk"kenapa plak tanya ayah saya, pakcik kenal ke"? "Teruk betul ko ni, jiran sama flat pun tak kenal, pakcik duduk blok E, tingkat bawah". Aku yang tengah mengcontrol kemarahan "pakcik , ko ingat saya ni, boleh pergi 6 blok tu dan kenal semua penghuninya ke?, Kalau pakcik duduk satu blog atau satu tingkat ngan saya mungkin kenal". Semenjak peristiwa pahit tu, boleh belah aku nak layan dia.

Meluatlah, kalau lelaki nak cuba-cuba jadi busy body . Jadi lelaki kena pandai suai padan bila nak tanya soalan. Perempuan kalau mulut cam tu tak de lah orang pandang geli. Banyak tempat aku kerja, tak pernah jumpa cam kat sini, banyak lelaki yang lebih busy body dari perempuan. Cerita pak guard tu, baru mukadimah je, kalau nak cerita pasal lelaki kat sini, sampai tulat pun tak habis.




Senyum tapir : Lelaki nampak molek, kalau cakap benda yang penting je, pada pandangan aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina