Tuesday, February 1, 2011

Kisah dan tauladan

Dulu masa kat sekolah rendah kita banyak disogokkan dengan cerita kisah dan tauladan. Selalunya arnab, kancil anjing, dan berbagai haiwan dijadikan watak dalam kisah dan tauladan. Salah satunya arnab. Hari ni mari kita beramai ramai membaca kisah arnab dan kura-kura semula.

Arnab dan kura-kura

Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.

Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur.

Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.

Arnab digambar sebagai haiwan yang cerdik dan pintar, tapi terlalu angkuh dan sombong. Itu haiwan. Dalam dunia manusia lain, ada manusia dilahirkan memang cerdik, dan ada pula kurang cerdik. Manusia kena terima diri mereka seadanya. Bila kita tahu, kita tak secerdik mana, cuba jangan bercakap atau menulis benda -benda yang boleh menyerlahkan lagi sisi tak cerdik kita. Itu tips yang aku kasi untuk orang yang tak berapa nak cerdik tapi teringin sangat nak jadi cerdik.

Lagi satu petua yang aku nak kasi, untuk orang yang sentiasa nak menonjolkan diri cerdik tapi tak cerdik mana, lebih baik orang tu belajar macam mana nak jadi cerdik melalui buku atau dengan orang-orang cerdik.

Selalunya orang yang benar-benar cerdik, dia tak akan menonjolkan sangat diri dia yang cerdik, kecuali kalau orang bertanya pada dia.



Senyum tapir : Aku bukannya orang yang cerdik sangat, tapi kalau boleh aku tak nak menunjukkan sisi tak cerdik aku melalui percakapan , perbuatan atau tulisan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina