Sunday, February 6, 2011

lawan kopek limau



Maaf gambar kurang memuaskan , pakai hp yang lama. Petang semalam aku ngan Firdaus melakukan aktiviti keluar peluh secara ringan, lawan kopek buah limau. Biasalah orang malas bersenam.. Buah limau tak berusik dari raya cina hari tu. Sebelum busuk, baiklah di buat apa yang patut.



Firdaus dengan tak mandi dah dekat nak tengahari, biasalah kalau ayah dia tak de rumah , bolehlah mandi lambat sikit.



Aku dah kopek 3 biji, dia terkebil-kebil nak habis sebiji. Tak pe lah janji dia tolong, kalau tidak lambat gak aku nak buat sorang.



Hasil mengopek 1/2 kotak limau.



Perahan mengunakan manual alah-alah tradisional. Bukan apa kalau pakai mesin, malas nak cuci. Jenis lama senang nak bersehkan.



Biasalah yang tukang kopek, mesti nak cuba dulu.



Kalau rasa kurang manis, letaklah air gula sikit.Simpan dalam botol, kemudian masuk dalam firdge kasi sejuk. Jus limau tadi ni simpan dalam botol twister yang kosong. Rasanya cam sama je ngan orange twister, ntah ntah dorang ni....hmmmm hmmmm, malas korang cari sendiri jawapannya.



Senyum tapir : Ada satu projek lagi, nak blend mangga yang dah terlebih masak nak buat jus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina