Monday, February 7, 2011

Status

Aku suka membaca. Dari kecil memang aku minat membaca. Hari-hari aku membaca. Dari pagi sampai ke petang aku membaca. Aku boleh membaca apa saja bahan bacaan. Waktu senggang kebanyakannya aku habiskan ngan membaca.

Arwah mak memang dah faham tabiat aku yang suka membaca. Waktu pagi kalau dia ke pasar, pasti dia tak lupa beli senaskah akhbar untuk aku. Kalau hari minggu yang pastinya 2 naskah, Berita Mingguan dan Mingguan Malaysia

Sebelum menuju ke satu destinasi dalam komuter, wajib aku membeli bahan bacaan untuk dibaca dalam komuter. Dalam kereta kawan sebelum sampai ke tempat kerja aku mesti membaca surat khabar. Biarpun banyak orang yang pening kepala membaca dalam kenderaan, aku maintain tak pening.

Jadi hari ni tak de berita terkini yang aku nak kongsi, cuma nak beritahu, hari ni, aku nak baca blog, boleh?



Senyum tapir : Amalkan membaca dari buat benda yang tak berfeadah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina