Sunday, February 13, 2011

Telur

Pagi tadi sambil bersarapan, aku ngan anak perempuan berborak kosong. Dorang ni dua beradik tak duduk serumah ngan aku.Bila hujung minggu baru dorang balik. Kadang-kadang, kalau dorang tak balik, aku pergi rumah dorang. Dorang duduk berdua je.Bila jumpa sesekali, banyak cerita yang nak dibualkan.

Aku tanya dia "adik ko suka makan telur banyak lagi ?" "ye sama gak". Mak dah agak dah, tadi mak tengok telur goreng ada 4, sekarang dah tinggal dua, mesti dia makan ngan nasi goreng". Anak perempuan aku bukak cerita "mak tahu hari tu, dia buat maggi cup, aku pesan kat dia, jangan bubuh telur, aku benggang beli satu tray telur cepat je habis, lagi satu makan telur banyak bukan elok sangat. Kalau sehari sebijik tak pelah. Aku heran kenapa dia makan maggi cup tu lambat sangat, aku pun intai dalam cup tu, ada telur rebus 2 biji. Pandai dia, rebus telur dulu siap-siap, takut aku nampak."

Anak lelaki aku ni memang suka makan telur sangat dari kecik. Tadi baru je aku nasihat dia, telur tak elok sangat untuk kesihatan, banyak kolestrol. Dia diam je.




Anak aku tengah tekun baca surat khabar sambil makan nasi goreng pedas.



Telur goreng yang banyak tinggal dua, dirembat oleh kaki telur.



Firdaus makan roti ngan cheese.



Nasi goreng yang letak cili api, aku buat kalau dorang balik je. Kalau suami aku dia tak makan pedas sangat cam tu. Masa dia tengah ke laut ni, baru kita orang anak beranak berjimba-jimba makan pedas. hua hua hua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina