Wednesday, March 23, 2011

Dah lulus

Salam hari rabu..... semua okeykan.Aku je rasa tak sedap badan. Betullah GRO kata banyak Hakim dalam dunia ni, juri kurang.Aku pinta jangan sesekali buat ramalan sendiri tentang aku. Silap besar tu.

Jom cite ikan masak lemak cili api ngan kari hari tu,




Masak lemak cili api , aku suka guna kunyit hidup, harum semerbak.Tiba-tiba je nampak ada kunyit hidup seketul kecik kat dalam kuah tu, tak tumbuk lumat kot.



Aku dah lulus masak kari ikan , rasa serupa cam restoran AK din. Kalau nak intai kari Restoran AK Din kat sini dan sini. ha ha ha .Resepi sapa nak , baru aku kasi. ha ha ha



Jahat tak?, goreng kobis pun aku tiru habis Restoran AK Din. Alang-alang dah makan kari, mestilah sayur pun kena goreng style India.

Aku ni kalau masak memang suka banyak guna bahan asli, almaklumlah orang dolu -dolu.Memang leka je nak kupas kunyit hidup , lepas tu tumbuk-tumbuk halus, gomol kat ikan sebelum nak goreng. Cuba try test, sedap. Lagi satu bab cili, aku tak suka beli cili boh atau giling, mungkin terikut ngan cara arwah mak dulu kot.

Kalau nak masak, baru aku kupas-kupas bawang, gunting cili kering, tak pernah aku prepare awal-awal, cara ni pun cam arwah mak. Sukalah duk santai atas lantai, pilih -pilih bawang , rempah ratus kemudian jemur.

Kalau aku masak mesti nak cukup bahan contohnya cam rempah ratus. Mahunya tak jadi masak kalau kekurangan bahan.

Jom main pondok pondok.






Ruangan peribadi : Jangan main api dik oiii, nanti terbakar tangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina