Saturday, March 12, 2011

geli hati, suka suka

Selamat berehat di hujung minggu bersama family tersayang........................

Cerita hari khamis, aku cuti nak menyiapkan tempahan cheese tart orang . Masa tu Firdaus sekolah Tadika, balik pukul 12.30 tengahari. Masa aku tengah sibuk tak ingat nak masak. Nasib baik nasi goreng balance semalam, dah simpan dalam fridge. Nanti dia balik tinggalkan panaskan. Lepas tu ada isi ikan dalam fridge tu , ingat nak masak goreng halia.




Separuh daripada tart yang dah aku siapkan.



Masa ni dah salin baju sekolah, terus kacau aku kat dapur.

Terjengul dia kat muka pintu aku terus tanya "ko nak makan tak?" "tak nak lah mak,kenyang, dah makan kat sekolah nasi lemak, "ngan muka eksen dia.

Yang lucu sangat, bila dia nampak aku goreng ikan halia, terus dia nak makan .Bila aku tanya "kenapa nak makan, tadikan cakap dah kenyang, korang tahu dia cakap apa? Mesti korang tak tahukan , sebab aku tak beritahu.kwang kwang. Dengan muka selambabadak dia jawab "tak tahulah, ni dari hati nak makan." kelakar betul jawapan tu.





Resepi cilok kat sini ye, makcik sibuk hari ni nak masak yuyi nak datang rumah nak cokik nasi.he he he




Isi ikan goreng Halia ni memang peberet Firdaus. Kalau kat food court Giant, makan nasi mesti dia mintak Isi ikan goreng halia ni. Sana tak best, tepung je banyak daripada isi ikan.



Muka serius nak makan.


Yeay ada berita suka suka suka dapat bungkusan dari adik kaseh Laila(saja aku tambah nama dia kasi panjang) semalam time kat opis.

Segmen ni aku serah kan pada Firdaus.



Akak kaseh terima kasih kasi Firdaus cookies ni. Sedap tau.



Akak kaseh first time Firdaus makan cookies famous amos ni. crispy dan yummy.



Akak kaseh nanti harijadi Firdaus kasi cookies ni yeay yeay yeay


Senyum tapir : Kaseh jom clubbing, sempena birthday makcik hari ni. Peliklah kenapa milo tahu ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina