Tuesday, March 1, 2011

Kalau bulan bisa ngomong

Seperti biasa, mood memasak hari bekerja adalah pada tahap sifar. Jadi, balik dari tempat kerja terus pergi makan. Jenis aku ni, kalau dah balik ke rumah, memang susah nak keluar. Kalau terus balik rumah, alamatnya aku capai periuk , terus masak. Aku tak memilih sangat dari segi nak memilih makanan yang nak diisi dalam perut.Janji lepas isi perut, bunyi keroncong untuk Ana berhenti. Cuma aku tak berapa suka fast food terutama burger, kalau teringin sangat pun, aku order Fillet o Fish.

Jom melayan sibudak nakal



Budak nakal, minum Lai Chee kang.



Mee sup senang nak telan sebab berkuah, semesti aku yang punya. Bab sudu aku lemah, sebab benda berkuah aku dah terbiasa guna sudu kuah.




Penumbuk budak nakal.




Budak nakal ni suka makan nasi goreng cina ngan ayam goreng seketul, sama ngan ayah dia.



Mat rempit yang sedikit insaf.Contoh sudu kuah cam kat tepi mangkuk tomyam tu.

Kalau keluar makan, memang tak sah kalau tak order tomyam.Aku suka nak hirup kuah.



Nasi goreng dia dah habis, ambik pulak balance mee sup tadi.



Lepas makan , terus balik, lebih kurang pukul 9.30 , anak perempuan sampai. Korang tahu kenapa dia datang?Mesti korang tak tahukan. ni aku nak cerita. Gara-gara budak nakal ni, sebab tu dari tadi aku gelar dia budak nakal.

Pagi semalam masa aku nak bersiap ke tempat kerja, nak make up manja-manja sikit, alah yang asas je cam pakai bedak, lipstik ngan eyeliner, aku pun geledah handbag. Aku terkejut beruk jumpa barang make up anak perempuan ada kat dalam, kebetulan budak nakal tu ada, aku terus tanya ,

Aku : Firdaus, kenapa barang akak ada dalam beg ni

Firduas : alah mak diam, pakai je, firdaus yang sorok.

Aku : Tak baik ambik barang orang, tuhan marah.

Firdaus : mak pun kena cantik jugak cam awek.

Geram ngan dia, tapi nak tergelak pun ada. Berbalik pada cerita tadi , masa dia datang Firdaus tengah buat homework. Akak dia ajarlah sikit , korang tahu Firdaus jawap apa? akak ko ingat ko cikgu ke? terkedu akak dia dengar. Makin nakal Firdaus ni, rasa nak cubit lengan dia yang gebu tu, kalau dah geram aku gigit je.

Kalau aku tengah cari barang, tak jumpalah, mesti dia sound , "mak cari ngan mata ke cari ngan lutut" nak marah pun boleh jadi tergelak.

Budak sekarang ni cerdik, dan pandai menjawap. Aku suka dia, sebab tak buang sampah merata-rata. Bab buang sampah di tempat yang sepatutnya, memang aku dah latih anak dari kecik. Aku rimaslah bila nampak orang buang sampah merata-rata.

Aku sanggup handbag penuh ngan sampah, bila cari tong sampah tak jumpa. Ingat lagi , satu hari aku ngan Firdaus pergi kedai. Masa tu dia beli coklat. Jenuh aku tengok mata dia melilau cari sesuatu, aku tanya cari apa. Di kata"tong sampah, nak buang bungkusan coklat", tapi yang tak bestnya pekerja kedai tu pulak suruh dia buang je kat situ., tengoklah cam mana nak ajar budak jaga kebersihan, orang cam ni, aku menyampah.

Bab nak menegur Firdaus ni kena cara berhemah, kalau ko marah , alamatlah dia buat tak tahu je. Kalau tegur atau nak larang sesuatu, kena ada alasan. Nanti dia soal balik melopong tak tahu nak jawap apa.


Senyum tapir : Semua budak , suka ditegur cara baik. Aku pulak suka kawan tegur, kalau ada serpihan cili melekat kat celah gigi aku , bila lepas makan.Barulah kawan baik namanya tu.korang suka tak? kwang kwang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina