Monday, March 14, 2011

kisah sales girl, aku ngan yuyi

Selamat bekerja balik pada hari senin...................mesti banyak yang malas nak kerja hari, tapi tidak pada aku, sebab senin selasa rabu, boss tak de .horray horray horray..............Boss tak de, sapa bossss?

Nak cerita pasal petang semalam , ronda ronda kat pasaraya puaka bak kata GRO pejabat tanah, lenggang best giler kalau nak pergi shopping kat sana. Dah lama aku jumpa GRO ngan wife dia shopping sambil berbicara romantis , masa tu aku kat depan dia je. Dia tak kenal tuan punya blog yang selalu gak dia dok mengomen. Itulah untungnya kalau orang tak kenal kita.

Berbalik cerita pasal aku, suami , yuyi ngan Firdaus ronda ronda kat situ. Yuyi nak sangat ke situ, katanya tempat tu murah sangat.Aku pun pelik sejak bila plak di beli barang murah ni. Setahu aku dia suka je beli beg ngan kasut berjenama ni. Aku pun layan masuk kedai yang dia sibuk cerita tu.

Memang sah murah giler, tapi syok tengok beg , hairband cantik-cantik. stok budak remaja sekarang. Yuyi cakap, dia suka je kalau nak beli beg murah, tapi ngan syarat jangan ada cop kat beg tu jenama contohnya LV, channel, guest ke. Dia kata malu pakai barang cam tu, cop jenama tapi tiruan. Otak sama ngan aku gak. Kalau nak sambar yang berjenama, mesti yang sah taraf. Aku tak paham gak ngan siyuyi ni, beg dah banyak, tapi nak beli lagi.lantak ko lah.

Habis bab tu , cerita masa aku ngan yuyi membelek beg kat deretan rak beg .Dekat ngan tempat yuyi pilih beg tu ada sales girl melayu ke Indon aku kurang pasti, sibuk duk sembur cermin, lap, sembur cermin lap, asyik dok buat benda yang sama je. cermin apa aku kurang pasti. Yang pasti muka budak tu muda remaja boleh tahan sweet gak, tapi yang tak boleh belah masam mencuka, sambil dok jeling jeling firdaus ngan aku yang asyik buat onar kat situ. Buat onar tu, belek sana belek sini, bikin semak otak dia.

Okey yuyi dapat satu beg yang dia dah berkenan. Rega tak ingat, tapi murah, status gah. Sekarang masa untuk menanya kat sales girls masam mencuka tadi.

Yuyi : Dik beg ni ada yang baru tak?(masa tu yuyi tengah pegang beg kaler kelabu, kalau boleh tak nak ambik yang bergantungan kat situ, kotor sikit)

sales girl : diam pandang yuyi, sambil sembur dan lap cermin.

yuyi : ada tak yang baru?

sales girl : sembur lap cermin , ada kat dalam , sambil pandang cermin yang dia lap.

yuyi : dalam?, sambil mata yuyi meninjau sekeliling.

Aku pun dok tinjau sama, sambil pandang yuyi angkat-angkat bahu.

sales girl : kat dalam tu,(tunjuk beg yg yuyi pegang) sambil lap cermin tadi

aku (celah sebab dah tak boleh tahan ) : dalam mana dikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk?

Sales girl : bukak zip tu.(maksudnya kena bukak zip beg yg yuyi pegang)

yuyi pun bukak zip beg yang dia pegang tu, baru terkeluar beg lain pulak dari dalam tu. Dalam hati aku " dalam beg ada beg..bodoh betul"

yuyi : dik tak de, ni kaler putih.

sales girl : Nasib nasib, kadang ada , kadang tak de.

Babing je , dia ingat peti harta karun apa???????

Aku geram : kaler kelabu yang baru tak de ke?

sales girl : terus diam.tak layan aku terus lap cermin

yuyi : mak kalau nak gak kena ambik yang ni lah, tapi tak nak, dah kotor. Tak silap aku, yuyi ambik kaler hitam.

Dah beredar dari situ,

Aku : apasal ko tak marah dia.

Yuyi : mak, nak marah kena tengok tempat. kedai ni tak standard, malu kalau nak marah pun. Mana tahu budak tu ada masalah mental.

Aku pandang keliling, betul lah yuyi kata kedai ni tak standard, cuba korang bayangkan, kedai ni ada jual beg, baju dalam, spentot, baju tidur, anting-anting, beg plastik besar yang selalu indon heret bawak balik kampung, yang tak jumpa kat situ periuk belanga, mak ngan ayah.

Sah, memang pasaraya puaka.

Yang bestnya........................



Cekak rambut yang yuyi pakai kat kepala tu mahal kalau kat KL, kat situ, reganya bawah RM10 je



beg(buat stok geli-geli) ni aku rembat bawah account yuyi RM14.90. Nak belajar berjimat, boleh,sebab lagi 5 bulan nak pergi obersea..


senyum tapir : Pernah ke berdepan ngan sales girl yang saiko cam tu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina