Wednesday, March 16, 2011

Lelaki oh Lelaki

Salam hari rabu..................anak, suami, isteri, ayah, ibu, nenek, atuk, dan lain-lain semua okeykan.

Macam mana pulak yang belum berkahwin , pak we, mak we, bakal pak we , bakal mak we, tunang, bakal tunang okey tak? kalau tak okey, okey okeykan.

Hari ni nak bagi markah pada lelaki, boleh?. Selalunya entry aku ni jarang sangat nak memuji lelaki ni. Lelaki ni anugerah Allah SWT yang istimewa pada kaum perempuan. Aku tak nafikan tanpa lelaki pun perempuan boleh hidup. Lelaki pun boleh hidup tanpa perempuan, tapi alangkah manisnya kalau perempuan ngan lelaki saling memerlukan satu sama yang lain, terutama yang dah ada ikatan sah, sebagai suami isteri.

Bagi mereka yang belum bertemu jodoh, jangan risau Allah SWT menjanjikan yang terbaek untuk korang. Kalau tak de jodoh pun , mungkin itu yang terbaek untuk korang gak, dari bertemu jodoh yang tak baik, waima semua yang baik-baik Allah SWT bagi kat hamba-hambanya

Baik aku berhenti menceceh sekarang, ada pulak yang nak muntah bila baca. Suami aku lelaki yang memang tak romantis atau petah berkata-kata. Bila aku cakap sepatah dia jawab sepatah. Bila aku cakap berpatah-patah pun, dia tetap jawab sepatah.Bila aku cuba nak ajak dia mengumpat pasal kawan-kawan atau sedara yang lain. Jawapan yang dia bagi mesti macam ni "tak payah sibuk cerita pasal oranglah, hal kita pun tak selesai." Bowinglah , baru kita nak mengumpat.

Mungkin sebab tu lah perempuan ni lebih ramai dalam neraka dari lelaki. Lelaki memang tak suka mengumpat ke? Suami aku ni senang je, aku masak apa je dia makan, cuma jangan lebih garam atau gula. korang perasan tak , lelaki ni tak de lah cam kaum perempuan nak remeh-remeh pikir pasal nak makan apa? Time makan dorang makan je.Time buang air besar, dorang pergi membuang. khe khe tak delah cam kita "ayang, ayang sakit perutlah, " perkara kecik pun nak mengadu.Tengok tu walaupun kita berdua ni tak romantis, cam manalah aku boleh panggil suami, "ayang", dan dia panggil aku, "ayang".stok geli-geli pulak bila dengar.

Cerita pasal mengingatkan tarikh penting dalam hidup kami, lagi best. Tarikh lahir aku 12/3, contohnya bila tarikh 4/3 sampai aku saja tipu suami , "ahh ahh hari ni harijadi sayalah, tak ucap selamat hari jadi ke?" Dia ngan suara ala ala terkejut "ye ke, selamat hari jadi ye." Aku pun buat-buat ketawa. Bestkan jawapan tu, memang suami aku tak ingat pun harijadi aku bila. Aku pun tak pernah nak kecik hati dah biasa.

Aku tahu dalam dunia ni, setiap lelaki berbeza sifat dan perilaku. Sebagai seorang isteri aku kena terima suami aku seadanya. Dah itu pilihan aku,, kenapa aku nak berpaling pulak. Setiap lelaki ada cara tersendiri untuk menzahirkan kasih sayang mereka pada perempuan. Contohnya suami aku, dia tak pandai zahirkan kasih sayang melalui perkataan atau pemberian yang indah-indah, cuma dari perbuatannya semalam aku tahulah dia sayangkan aku.sweet tu gula kan.

jom kita lihat, sebenarnya aku batuk tahap kronik dah dekat nak seminggu, dengan pertolongan suami , batuk aku dah beransur hilang.

Intai bahan yang dia masak ye. resepinya aku tahulah sikit-sikit, sebab intai dalam periuk tu.



Pelampung ikan yang dah kering.Banyak khasiat, benda boleh membuang kotoran dalam paru-paru.

Pelampung ikan terletak ni kalau korang perasan dia terletak kat tengah perut ikan , warna putih. Lain kali kalau korang siang ikan , contohnya  ikan gelama  pisang,ibu gelama atau  tirusan(yang mencecah berat  5 atau  6 kilo)  ke, ambik pelampung tu, cuci bersih dan keringkan.



Masukkan dalam periuk air + kurma cina + halia isi pelampung kering dipotong kecik+ gula batu.



Kukus api sederhana atau guna slow cooker masak sampai 4 jam.



Bawak sikit kat opis.Semenjak minum ni segala kahak dan lendir semua keluar. Batuk pun dah berkurangan.



Sampai opis panaskan dalam microwave.

Yang best tu bila ubat dah siap masak, suami aku bawak secawan "nah minum ubat ni". Suara kekerasan tetap ada. kelakar betulah suami aku ni.



Senyum tapir : Jangan tipulah , mesti korang pun ada memory yang indah bersama suami atau buah hati, biarpun time bergaduh pinggan cawan,  semua terbang. ce citerlah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina