Wednesday, March 9, 2011

Mana anak murid ni, tak masuk kelas lagi?

Mana anak murid tak masuk kelas ni? Dah dekat nak pukul 10 pagi.Kata nak belajar ikan masak rempah.

Dah mula balik nak tepek gambar satu demi satu cara nak masak. Janganlah ada blogger femes tu kata , cara cam ni untuk orang yang baru nak belajar masak .Ye ke?. Setahu aku, tepek gambar banyak cam ni, sebab blog ni aku punya, suka hatilah aku nak letak gambar banyak mana pun. lu pedulik apa? Bukan gua kacau blog lu.Gua suka mah, nanti kalau dah lama gua tak tepek gambar atau resepi, jumpa jiran lama kat Tadika, dia tanya gua "haiya akak kenapa dah lama tak de resepi, ini macam aku malas nak masaklah, " dia memang hari-hari bukak blog gua.

Nanti gua punya anak perempuan tu sewel dia bukak blog tanya yang sama gak"haiya mak, dah malas nak masak, tak de resepi ahhh," sebelum potong ikan , dia bukak blog dulu, itu laptop taruk atas dapur.

Jom layannnnnnnnnn....semalam masak ikan masak rempah.



Bahan A

Daun kari, bunga lawang, rempah tumis, cinonit(maksudnya sikit) . Kalau masak ikan bubuh halba lebih sikit, baru sedap.


Bahan B

Bawang besar bombay, halia , bawang putih dihiris.



Bendi ikut suka , nak bubuh boleh, tak nak pun boleh. Aku bubuh sebab, jumpa bendi dalam peti ais yang dah macam ada kesan-kesan nak kojol tak lama lagi. Sayang nak buang , bendi mahal sekarang ni.



Santan adalah dalam 4 sudu, jangan guna banyak, nanti kena sakit jantung cepat.



Rempah ikan Adabi, adalah 6 sudu besar(Sukatan rempah ikan, kena ikut suka, bergantung pada kuantiti ikan korang banyak mana)



Ikan atau ayam potong sederhana, goreng separuh garing.



Tumis bahan A ngan B sampai naik bau dan layu.



Masukkan rempah yang dah dibancuh. Tumis sampai pecah minyak.



Masukkan santan ngan perahan air asam jawa atau asam keping.Dah mendidih sikit, masukkan ikan yang diketepikan tadi. Bubuh garam, gula ngan perasa cinonit untuk mengimbangkan rasa.



Murid-murid , tengoklah ikan rempah cikgu.sedap tak? Tapi murid-murid sorrylah, semalam Firdaus ngan suami, cikgu yang suap. Senang tak payah basuh banyak pinggan. Hobi cikgu memang suka menyuap orang makan.



Demi tak menghampakan harapan kakak maya seorang ni, aku tepek gambar Firdaus bersama buah mangga depan rumah , dipetik oleh sang suami sebelum keguguran, ditakuti menjadi lembik dipembalutan. skema bahasa tu kan.



Auwww aksi tu cam ada orang depan yang suruh je. whatever, janji Firdaus bahagia disamping buah mangga queen tu.


Senyum tapir : Selamat melayan kemenyongan cikgu dan ikan masak rempah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina