Friday, March 18, 2011

Pengomen bertuah hari ni.

Salam pagi Jumaat.......................semoga hari Allah SWT memberi aku kesabaran tahap paling tinggi sekali ,Aminnnn. Tak lupa gak pada korang semoga hari ni memberi kebahagian yang berpanjangan . Semenjak kebelakangan ni, fikiran aku serabut ada masalah kerja yang membelengu. Lepas tu kenapa yek, orang melayu ni mulut cam mulut sifiyalfal, takfak kefejefe lafainfin, mufutlulufut camfam lanfancaufau.

Dalam hidup ni aku tak ada masalah peribadi. Kalau boleh aku tak nak fikir masalah peribadi . Bagi aku masalah peribadi selalunya banyak disebabkan dicari sendiri. kwang kwang kwang




Nampak tak beg hijau tu, aku yang punya. cantikkan gambar kat dinding tu.

Baru aku berdoa semoga Allah SWT bagi aku sabar lebih sikit, mula aci sapu sampah ni, nak menyemakkan fikiran aku. Aku datang cepat tadi, memang bertujuan nak guna komputer, terlupa kunci pintu opis aku tak pegang. Bukan dorang tak bagi aku pegang, tapi aku tak nak. Semak dalam beg ngan kunci. Sepuluh kali dia mop lantai kat situ dia tanya "apasal, tak de kunci, pintu tak boleh bukak." Tanya tanya tanya, aku terus jeling kat dia. Terus senyap.



Ini gambar kat dinding belah kanan plak, cantikkan, penuh ngan gambar makanan.






Pengomen bertuah kali ini datangnya dari yeah yeah Rina Avail,
blog cik betty suka tulis -tulis dia nak tahu cam mana aku ajar anak makan sayur. Okey Rina , terima kasih ngan soalan tu. Hari ni akak jawab ye.

okey tipnya ajar baby kita makan bubur nasi yang diblend bersama sayur selama dia belum tumbuh gigi. contoh sayur bayam , atau carrot. sebab aku dah buat pada semua anak, tips tu berjaya. semua anak aku sampai sekarang suka makan sayur. untuk ibu yang pregnant, jangan lupa tips aku ni.jangan salahkan anak kalau dah besar mereka tak nak makan sayur.kita sebagai mak kena didik mereka makan sayur sedari awal.Masa anak akak umur 8 bulan hingga besar, akak tak pernah bagi makan nestum.Selalunya aku buat bubur nasi yang diblender campur sayur bayam atau carrot, ikan bilis atau isi ikan.



Tengok tu, dia suka sangat makan nasi ayam ngan daun salad.


Breakfast ngan makan tengahari, untuk Firdaus dan suami. Mesti ada makan tengahari, sebab sekarangkan cuti sekolah, jadi tengahari makan kat rumah.



Nasi goreng cina bubuh sayur yang berkaler-kaler, memang wajib.Resepi cam biasa geledah kat entry lama ye.



Nasi goreng cina untuk makan tengahari.



Untuk drebar aku sentiasa nak hisap darah orang.hi hi hi hi mengilai.



Sandwich mesti letakkan lettuce salad.



Jeng jeng breakfast sandwich tuna .




Senyum tapir : Tangan kanan kalau gatal nak dapat duitkan, tapi kali ni lain macam , tangan kiri aku pulak gatal.Selalunya tangan kiri gatal cam ada orang nak kena makan penampar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina