Thursday, March 10, 2011

Rumah baruku tercemar





Cheese tart tu dia nak ada penutup . Ini order tahun lepas.

Ini rumah baruku. Rumahku syurgaku. Maaflah aku terpaksa mencemar rumah baru ngan kata-kata yang tak berapa nak manis didengar pagi -pagi hari. Bukannya aku saja nak naik angin, cuma nak meluahkan apa yang terbuku kat hati.

Sebelum aku berbicara ngan lebih lanjut inginku bertanya beberapa soalan kepada pembaca kat luar sana

1)Adakah anda orang yang berkira pasal harga makanan?

2)Adakah anda ibubapa yang sanggup melaram, tapi anak makan yang biasa-biasa je?

3)Adakah anda nak bayar murah tapi nak makan sedap.

4)Adakah anda tak kisah bayar seberapa mahal, tapi berbaloilah ngan masakan yang sedap.


Aku ni tak berkira pasal makan. Aku memang mementingkan makanan sedap nak sumbat kat mulut anak dari aku melaram sakan.. Aku tak kisah semahal mana harga makanan janji sedap.Kalau pergi shopping complex , maaf aku tak akan bawak anak aku pergi Mekdi , KFC, Kenny rogers ke apa? yang biasa-biasa , korang tahu sebab apa?, tempat tu dah biasa sangat makan. Jadi bila pergi sesekali kat shopping complex mestilah aku nak makan tempat yang tak pernah cuba makan sebelum ni.

Apasal aku nak membebel panjang lebar, sebenarnya aku nak cerita perihal orang yang nak mengorder cheese tart aku untuk majlis perkahwinan , siapa kahwin aku kurang pasti, aku pun tak nak ambik tahu. . Harga memang aku dah kasi RM1.30 cheese tart yang besar .

Tidak menjadi kepuasan hati aku , ada ke patut dia minta harga lagi murah RM1.20 sebiji, itu pun aku tahu sebab dia cakap ngan pengasuh Firdaus. Terkedu aku dengar, gamaknya tak pernah beli cheese tart kat luar agaknya orang tu? Korang pun tahu sendiri , kat pasar malam pun jual RM2 sebiji. Hari tu , yuyi jual kat kawan dia pun RM2 sebiji.

Nasib baik aku baru tahu semalam hal dia nak kurangkan harga, kesian pulak aku nak cancel, sebab dia nak cheese tart tu esok malam. Dia ni tak kenal aku ni orang yang macam mana. Bukannya aku tak pernah cancel order orang, yang melebih-lebih demand sangat.

Aku buat cheese tart ni sebab minat bukan bisness nak cari duit. Itulah kadang-kadang orang salah paham, asal bisness je, cari duit. Buat cheese tart ni, cam kerja seni aku, kalau ko hargai kerja aku, aku pun boleh hargai kau. Bila aku buat kerja, aku tak main-main, aku beri tumpuan sepenuh perhatian, segala barang -barang buat cheese tart tu bukan aku songlap kat pasaran gelap.

Aku rasa manusia yang tak tahu mengkaji , gamaknya rupa tu lah.Bila kita suggets beli cheese tart kecik, dia tamak nak besar. Lepas tu dah beli besar nak kurangkan harga pulak. Apa jenis manusialah. Cukuplah sekali berkerjasama ngan orang cam tu. Anggaplah aku buat ni sebab kasihan je.

Banyak orang luar tak tahu, kebanyakan orang perempuan buat kerja masak-masak, bakar-bakar , kukus-kukus , goreng-goreng ni, pertama sebab minat dan kedua nak hilangkan tekanan, kalau pasal duit pun no yang ke 10.





Nampakkan perbezaan acuan tu. Sebelah kanan yang besar tu RM1.30 sebiji.



Senyum tapir : tak sabar nak siapkan cheese tart orang ni, lega . Banyak manusia , nak murah tapi nak makan sedap sangat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina