Friday, March 25, 2011

Bintang di langit

Salam Jumaat.................................semoga hari ni semua rajin bekerja sebab esok cuti , yeah yeah yeah.

Malam tadi makan kat luar. Kalau time bekerja , aku jarang sangat masak kat rumah. Nak masak pun alang kepalang tuk 3 orang makan. Selalunya kedai makan yang biasa aku pegi , kedai Ali. Tukang order pun dah tahu , menu cam biasa. Dia tak payah nak susah-susah tanya.

Menu cam biasa tu, nasi putih, tomyam, sambal belacan ngan timun, nasi goreng cina ngan ayam peha goreng ngan yee mee goreng. Air Teh O limau ais 1 ngan 2 lai chee kang.

Kalau dalam blog ni ada yang aku tepek menu makan kat luar yang lain dari ni, tu mesti anak yang belanja makan. Selera aku lebih kepada sup atau tomyam memang yang bergoreng aku kureng sikit, Firdaus pun sama. Kepantangan dia sotong ngan fish cake, kalau jumpa, mesti dia buh tepi.



Suasana kedai.



Kedai makan ni terletak di tepi jalan.



Budak nakal ni, order nasi goreng cina seperti biasa.



Budak nakal tengah menyedut Teh O limau ais



Kalau order Nasi goreng cina tuk Firdaus , aku mesti mintak ayam goreng peha seketul. Aku jadi angin bila nampak dia potong ayam tu. Korang tahu kenapa aku bengang?



Ayam peha goreng tak boleh potong , sebab bila potong jadi rupa ni, tulang hancur bergaul plak ngan isi. Kalau ada pengawalan orang dewasa tak pelah, kalau budak tu makan sorang-sorang cam mana?tak tercekik. Kalau tak potong senang nak pisahkan isi dari tulang.

Bab keselamatan yang membabitkan kanak-kanak, aku pandang serius. Tak mahulah bila dah jadi benda buruk, baru nak terhegeh-hegeh nak ambik berat semua tu.



Lai chee kang versi melayu. ha ha , setahu aku minuman ni nak sejukkan badan, bila godek-godek dalam tu mesti ada buah laici, ngan lengkong bewarna-warni , motip bubuh benda tu aku tak tahu.



Suami plak mesti order yee mee goreng. Goreng style apa, aku kurang pasti.



Aku tetap makan yang sama, nasi putih, tomyam ngan sambal belacan dan timun.




Tomyam



Sambal belacan ngan timun.



Bila nampak kucing je kat mana-mana, aku terbayangkan kaseh. Maaflah kaseh kucing ni versi kurus, tak macam kucing yang kat gambar profail ko.

Sebelum baca cerita pendek kat bawah ni sila tutup mata, imagine 2 orang dewasa dan seorang budak lelaki berumur 6 tahun sedang menaiki motor buruk di kawasan kampung, waktu malam gelap, cuma disimbahi cahaya bulan , lampu neon, lampu tepi jalan, lampu motor dan kereta orang lain. Langit yang tak ada awam cuma ditaburi beberapa butir bintang yang berkerdipan. Bayang jangan tak bayangkan.ha ha ha.


Dalam perjalanan pulang, atas motor Firdaus tunjuk bintang kat langit "ayah banyaknya cikgu bagi bintang kat langit." Aku terkekek ketawa kat belakang. Suami explain "Adik kat buku sekolah tu cikgu bagi bintang, sebab adik tulis cantik, yang kat langit tu tuhan yang kasi." Budak-budak ni pemikiran dia memang lurus.




Ruangan peribadi : Jangan sesekali cakap tipu pada budak kecil, dorang ni akan percaya bulat-bulat. Lagi satu sila explain kenapa dan mengapa, bila korang melarang dorang buat sesuatu benda yang salah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina