Friday, March 4, 2011

Memory gelapku

Satu malam, sampai 3 buku dia keluarkan suruh dengar dia baca. Bila dah dengar, dia paksa turunkan tandatangan kat kad yang cikgu kasi.



Muka budak nakal paksa orang dengar dia baca buku.



Dia pulak ajar aku baca Iqra.



leka membaca.



Lepas tu nyanyi lagu bahasa cina plak. Dulu dia nyanyi depan akak je, aku tak boleh dengar. Sekarang ni baru terbuka pada orang ramai. Geram je budak berlagak ni.



Inilah kad yang kena turunkan tandatangan .



Tunjuk gambar yang dia kaler dapat bintang.Kononnya cikgu suka , dia pandai kaler.



Budak nakal, menunjukkan aksi mengaler gambar.



Lagi gambar yang dia kaler



Aku ambik gambar, masa dia baru separuh mengaler. Marah, dia suruh tunggu biar dia kaler sampai habis baru ambik gambar. Kalau hari yang tak de kerja sekolah, dia boleh cakap cikgu malas nak bagi kerja sekolah

Paling kelakar petang semalam masa makan. Firdaus ni lebih ingat baca doa makan nak dibandingkan ngan aku, terutama kalau aku dah lapar tak ingat dunia, terus ngap. Selalu dia ingatkan, mak kena baca doa dulu. Aku jadi termalu-malu kucing plak.

Semalam lain pulak ceritanya, bila dia makan tak baca doa, aku tanya :-

Aku : Firdaus , tak baca doa ke? Sekarang kalau kat sekolah baca apa pulak.(aku tanya sebab masa 4 tahun dia tadika Islamik, lepas 6 tahun aku tukar Tadika omputih ngan cina, aku memang suka bab nak kasi peningkan kepala Firdaus ni)

Firduas : alah Firdaus lupa .

Aku : kat sekolah baca apa plak sebelum makan

Firdaus : doa lain (aku panggil suami suruh tanya dia)

Suami : Cikgu ajar doa?

Firdaus : Ye

Suami : cikgu ajar doa apa?

Firdaus : ye (terus sebut)

Teacher hey
Friends hey
Cikgu sila makan
kawan-kawan sila makan
ya che pak kauling cak peng yau , sek sek yek yek (dalam bahasa cina aku terjemahkan, cam tulah bunyi dia)

Suami : Firdaus tu bukan doa, tu saja panggil semua orang makan.





Aku tepek video ni , kalau nak tengok .


Seronok bila imbau zaman persekolahan masa tadika ngan sekolah rendah. Happy je dapat main bersama kawan-kawan sampai tak ingat dunia. Bak kata arwah mak, "terkinja-kinja kau ye". Zaman tu memang aku suka sesangat, ramai kawan, dapat melompat main getah, main guli, yang penting dapat main konda kondi. Masa sekorah rendah mak bagi belanja 20sen je, kalau ada, tak de , diam je. 20 sen buat beli mamee kecik. Tak de nya nak merungut-rungut cam budak sekarang. Contohnya anak lelaki aku tu. Aku bagi RM4 , dia berani cakap, "RM4 je mak", mulalah aku histeria "apa!!!!!!!!!!tak cukup" sebelum aku histeria ngan lebih dashyat, cepat dia angkat kaki.

Masa zaman sekolah rendah semua kesusahan aku terima ngan redha je, termasuk baju ngan beg sekolah 2 tahun sekali baru tukar, tapi satu je, mintak arwah mak tak dengarlah saat ni. Aku hazab bila kena pakai kasut sekolah yang penoreh getah guna buat pergi menoreh.Kaler memang puteh, tak payah basuh, lap pun boleh. Kalau nak up kasi putih lagi, kapur pakai kapur kasut atau kapur tulis. Agak kotor je, ambik kain basah, lap. Kasut tu okeylah, yang buat tak okey peluh tak keluar berkuap, panas kaki. Murah memang murah, kalau tak silap aku RM3 sepasang. Cuba bagi budak sekarang pakai mahu menangis tak nak sekolah.


Senyum tapir : Tuliskan karangan pendek 10 atau 20 patah perkataan atau lebih berpatah-patah , yang indah dan tak indah zaman sekolah rendah korang. Motip , saja nak tahu.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina