Thursday, March 3, 2011

Ye ke?

Yeah yeah boleh update, cuma hari ni aku deman dan batuk tahap kronik, tapi pergi kerja.boleh gitu.

Nak dengar cerita lawak tak?Hari tu masa kat Maybank lebih kurang 6.30 petang tengah tunggu suami ambik, terserempak ngan kawan lama yang tak berapa nak lama sangat. Kebetulan baru je jumpa dia minggu lepas. Dia ni ada 4 orang anak. Aku kenal dia pun melalui perhubungan atas angin kat stesyen komuter. Tunggu komuter sama-sama, dia kerja executive kat shipping company. Sekarang aku dah tak naik komuter lagi, jadi tak selalu lah jumpa.

Berbalik cerita pertemuan kat Maybank tadi, dah bersalaman bagai. Aku pun tanya dia "Anak ko dah berapa orang" "5 orang, satu simpan." Aku tanya lagi."Rasa cam baru je yang no 4 tu meninggal dunia, tahun lepas masa akak jumpa, ko masih dalam pantang."

"Ye, lepas tu saya terus lekat yang no.5." "Akak cam mana pulak?, yang kecik tu dah sekolah ke?" Maksud kawan aku yang kecik tu , Firdaus. "Tadika, kat Eduwis tu." Dia tanya aku lagi seolah-olah tak berpuas hati. "yang kecik tu Firdaus je ke?" "ye" kali ni suara aku ada ketegasan kat situ.

"Saya baru je berhenti kerja, husband suruh jaga anak." Aku ngan mata terbeliak "ye ke, tak boring ke duk rumah." Nada suara sedikit kelemahan, "nak boring apa kak, anak dah 5 orang sapa nak jaga, habis tu husband suruh berhenti kerja." Aku pun angguk-angguk, sambil mata duk melilau perati motor suami aku dari dalam Maybank.

"kak ingat tak lagi, masa saya datang rumah akak sekarang ni, masa tu anak akak kecik lagi, semua dah pandai mandi sendiri." Nak tersedak aku dengar. "Apa mandi sendiri." "kenapa kak?, sambil pegang bahu aku." "okey lah, balik dulu, suami akak dah datang tu, lain kali kita borak lagi." Cepat-cepat aku keluar dari pintu maybank.

Lagi lama melayan, jadi mereng pulak aku. Aku pindah kat rumah sekarang ni, anak aku dah 16 tahun. Ada ke budak 16 tahun, tak tahu mandi sendiri. Aku rasa cam hilang akal jap. Bila pulak dia jejak kaki kat rumah aku. Setahu aku yang pernah jejak kat rumah tu, kawan tempat kerja, itu pun sorang. Biar betul , dia salah orang ke apa?.

Baru je pagi ni , masa tunggu kak limah, kereta dia lalu sebelah aku, cam seram je nak tegur , tapi dia siap angkat tangan lagi sambil senyum. Orang yang biasa bekerja , drastik suami suruh berhenti kerja, boleh jadi pelupa ke?

Senyum tapir : korang pernah ke mengalami saat cam tu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina