Tuesday, April 12, 2011

Cukup hanya sekali

Salam hari selasa.................................... hari ni kena pandang muka kucing yang bertukar jadi singa. Harap aku boleh banyak bersabar hari ni........


Semalam bertukar selera ke kedai makan yang lain, saja asyik kedai yang sama, boring plak. Kedai makan tu suami aku suggest sebab nampak cantik dan kedudukannya yang cam strategik je.


Lepas pergi dan makan , keputusan pertama dan terakhir aku ke sana. Sebabnya




Firdaus nak tukar selera ke nasi ayam plak. Hiasan menarik, tapi rasa hampehhh. Itu namanya nasi ayam goreng, boleh gitu. Isi ayam keras.



Biasalah kalau tak tepek gambar Firdaus lebih , tak sah.



Mee sup utara konon, menarik sebab mangkuk besar je, isi ayam pun keras. Lagi satu aku tak berapa sesuai ngan dia punya sudu. Aku dah biasa makan benda berkuah ngan sudu kuah, tapi sudu yang dia kasi sudu biasa.



Hiasan jangan terpedaya, laksa utara special konon , kuahnya cair. kuah laksa kena pekat barulah melekat rasa kat tekak .




Sudu kuah yang aku maksudkan, sudu plastik tu. Bagi orang yang dah biasa, tak kisah guna sudi biasa. Lepas ni aku kena standby letak dalam handbag sudu kuah tu, mana tahu ada kedai makan yang aku pergi tak ada sediakan sudu tu.



Yang sedap teh limau o ais je kot.

1)Sebenarnya aku bukan cerewet sangat, nak makan sedap je. Tak kisah makan apa je, janji dimasak ngan cara yang betul. Kalau nak berniaga makanan, jangan ambik mudah, nak untung je, tapi tak ikut citarasa sebenar. Tak kisah berapa harga, janji berbaloi ngan apa yang kita bayar.

2) Part paling aku reject kedai makan ni, tak pernah lagi aku pergi kedai makan mana-mana, bila habis makan aku tanya pekerja perempuan(anak bos kot) yang kebetulan lalu, "dik kira, berapa ?(sambil hulur duit)" Dia boleh muka senyum cam alah alah senget "bayar kat kaunter ye." Bila aku pandang kaunter, tak de pun orang kat situ. Suami aku apa lagi, kira sendiri ikut senarai harga makanan yang ada kat atas meja, letak duitnya kat bawah gelas, terus balik.


Baru kedai makan cam tu dah lebih-lebih plak. Peliklah kalau orang melayu berniaga boleh cam gitu plak. Kalau ko nak buat style bayar kat kaunter, buatlah cam restoran fast food contoh KFC atau MCD , bayar , terus ambik makanan. Kebanyakan peniaga makanan kita tak pernah ambik contoh yang baik dari bangsa lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina