Thursday, April 7, 2011

Main pondok pondok

Salam hari khamis...................jom main pondok-pondok, arwah adek suka. Dia buat pondok kat belakang surau, nanti dia ambik dari rumah bawang, beras, kentang dan berbagai lagi lagi buat stok simpan kat pondok. nakal betulah dia tu.

Hari ke 4 yang sibuk. Dapat update waktu ni, jom layan cerita yang alah-alah ni aktiviti hari minggu.



Belimbing buluh ambik dari rumah atuk Jimmy, kawan Firdaus.



Cili dah pecah minyak baru masuk belimbing buluh tadi.



Sambal sardin ada rasa masam-masam sikit sedap.



Firdaus kalau tak menyibuk memang tak sah.



Terung kalau nak goreng bercili atau letak sos tiram, mesti kena digoreng dulu baru sedap, kecuali kalau nak dimasukkan ke dalam kuah. Goreng dalam minyak yang banyak secara deep fry.



Tumis bawang putih sampai naik bau dan sedikit cokelat, masukkan sos tiram dan buh air sikit, curah atas terung yang dah digoreng tadi.



Lepas goreng susun dalam pinggan.



Jeng jeng dah siap.manis rasa terung tu.



Telur dadar lauk tambahan.

Breakfast semalam, biasalah bila dah lama tak mengcekodok pisang, pastilah rindu-rinduan.



Pisang abu jiran kasi, tak tahu nak wat apa , buat cekodok .



Nak senang goreng guna minyak banyak.Masa bancuh jangan letak lebih gula, nanti cepat melekat bila goreng.



Jeng jeng dah lamanya tak makan cekodok pisang.


Jom layan kemenyongan kepala aku yang tengah berserabut ngan kerja yang tak habis-habis ni.

# Harap maaf jika ada typing error sebab aku menaip dalam keadaan tergesa gesa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina