Tuesday, April 19, 2011

muka puas hati

Salam hari selasa................. semoga hidup korang dan family dilindungi Allah SWT. Keadaan kesihatan aku tak berapa baik, pagi ni aku mesti ke klinik sebelum penyakit melarat.


Ini malam tadi punya cerita, firdaus yang memerintah nak makan itu dan ini . Aku tunaikan gak, walaupun malas nak masak sebab tak berapa nak sihat.





Sambal sardin



Telur dadar



Bayam goreng semestinya bawang putih yang digoreng sehingga kekuningan .




Kalau aku ke kedai nak beli barang, Firdaus sibuk nak ikut sekali, nampak fridge kat kedai tu, dia suka sambar air kotak bunga, air lain dia tak nak. tu yang suami aku gigih beli bunga chrysanthemum kering ngan gula tebu kuning suruh aku masak teh bunga.



Ni dia perkakasan suami aku beli tuk wat teh bunga firdaus. Banyakkan, geram je nengok firdaus , pasal dia aku kenalah merajinkan diri, semasa entry ni ditulis, suami aku dah 2 kali pesan suruh masak teh bunga tu.



Hasil teh bunga yang dimasak malam tadi. Tinggal nak masuk dalam fridge je. Kalau sesiapa nak cuba sila ambik resepi kat belah kanan.



Budak ni senyum sampai ke telinga, sebab gembira sangat hajat nak makan sambal sardin, bayam goreng ngan telur dadar dah tercapai dan penting sekali teh bunga peberet dia dah ada dalam fridge.






Firdaus tengah khusyuk makan nasi.


Budak-budak ni, tak tahulah nanti kalau dorang dah besar, boleh tak masak apa yang kita nak makan. Aku ingat lagi masa deman dulu, teringin nak makan bubur nasi, anak perempuan aku tu beli bubur nasi kat MCdonalds je. Dia boleh cakap " sama je mak , ni bubur nasi gak," bila aku tanya kenapa tak masak je bubur nasi kat rumah. Budak -budak sekarang ni dah tak sama cam zaman aku dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina