Monday, May 23, 2011

Kari ikan pari(tanpa santan)



Bahan bahan untuk menumis

1)daun kari 5 atau 6 helai
2)rempah kering- sedikit halba dan biji sawi, 2 kuntum bunga lawang, 1 batang kayu manis sederhana besar,
3)1/2 inci halia dimayang kasar
4)5 biji bawang merah dihiris
5)2 ulas bawang putih dihiris
6)2 paket rempah kari ikan adabi( terpulang pada individu masing masing ), dibancuh ngan sedikit air.

Bahan tambahan

1)1 biji tomato dibelah 4
2)6 batang kacang bendi
3)1/2 gengam asam jawa di perah.


Cara membuatnya

1) tumis bahan 1 dan 2 sampai naik bau. lepas tumis bahan 3, 4 dan 5 sampai layu.Tumis plak rempah kari sampai pecah minyak.Bubuh tomato tadi.Masukkan air asam jawa. Biar kuah mendidih.Lepas tu masukkan kacang bendi.Bila kacang bendi dah separuh masak, masukkan ikan pari yang dah digaram kunyit. Bila ikan dah masak, bolehlah diangkat . Jangan lupa sebelum diangkat perasakan ngan garam dan secoet pak aji.


Tips ngetop

1)kacang Bendi tak akan masak sepenuhnya kalau bubuh perasa terlalu awal.
2) Kuah kari yang sedap bukan bergantung pada rempah kari yang digunakan, tapi pada rempah kering dan cara menumis yang betul.
3)Halba , rempah kering yang penting dalam menentukan rasa kari ikan
4) Nak buang bau hanyir ikan pari, basuh ngan air asam jawa.


SELAMAT MENCUBA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina