Tuesday, May 3, 2011

makcik oh makcik

Salam tengahari selasa.......................

Dua tahun lepas 8 September 2009 aku diwajibkan hadir ke seminar pengendalian makanan kat tempat kerja, citenya aku ada tepek kat sini. Mulanya aku rasa tak berbaloi je nak pegi, wat apa pun, tapi bila pikir balik secara tak sedar dapat gak menambahkan ilmu, contohnya puding roti kat bawah ni.

Bukan aku belajar buat puding roti kat situ, tapi yang aku belajar cara nak menghentikan roti yang expired menjadi rosak dan berkulat. Sebelum roti tu expired simpan je dalam fridge, nanti proses dia nak berkulat terhenti jap, sebab dia duk dalam tempat sejuk, suhu berapa aku pun dah lupa. Jadi roti tu bolehlah buat apa-apa yang korang suka nak buat. Aku suka buat puding roti.

Resepi puding roti ni khas ku tujukan buat makcik yang dah comeback ke warong makcik jual nasi lemak tu. Dulu mereka berdua ni bergaduh, sekarang dah baik balik. Citenya panjang,, malas nak cite lebih. Aku heranlah betul ngan orang kita ni, dah sakit bukan nak wat amal ibadat sibuk duk pok pek pok pek. Semalam pagi aku ngan semua anak aku beli nasi lemak kat dia.

Ya Allah ya tuhanku ampunilah dosa-dosa silamku(itu cam lirik lagu ke?) aku tak tahu nak cakap apa lagi dizaman moden ni masih ada orang tanya?

berapa gaji ko keja kat situ?
Banyaknya anak ko duit beli kereta?
Deposit kereta bayar berapa?
Ko dulu kahwin muda, tak nak anak ko tak boleh kahwin muda?
Anak ko tinggal ngan sapa?
Bila anak perempuan ko nak kahwin?
Mana dia , datang ngan apa?
Berapa gaji anak ko?
Keja kat mana?


Buat pengetahun makcik , aku ni tak tahu pun gaji anak aku berapa?dan dia pun tak tahu gaji aku berapa? Lepas tu suami aku pun tak tahu gaji aku berapa,yang tahu majikan aku je kot, sebab bab gaji dan keja kata mana PRIVATE AND CONFIDENTIAL. Suami aku pun tak pernah tanya gaji atau bonus aku berapa?Makcik plak nak menyibuk.

Makcik sila baca blog ni ye.Mesti ada orang akan bukak blog ni kat makcik.Bukan apa hari tu malas nak cite banyak, sebab anak aku dah pandang sinis.

Makcik please makcik silalah ambik resepi puding roti ni, kalau dah tak tahu nak buat apa dalam hidup.





1)Susun roti yang disapu butter, memenuhi loyang, sila tekan-tekan roti tu , bayangkan korang memicit makcik tu. Picit tung kaki dia.
2) Dalam bowl masukkan buter cair , gula castor , telur sebiji, fresh milk dan kismis gaul semua . Kali ni aku buh chocolate chip, lebihan hari tu.

Curahkan atas loyang roti tadi, biar selama 30 minit bagi semua meresap ke dalam roti.
Dibakar cara bain marie pada suhu 160 celcius selama 40 minit.



Puding roti yang tinggal separuh, dimakan oleh manusia yang ada dirumah. Makcik silakan.



Sila cuba ye , resepinya senang je , tak mengeluarkan bajet yang banyak.Tak sangka yuyi makan puding roti ni, setahu aku dia suka makan kuih pedas je.kuang kuang

Makcik kuseru supaya ko insaf dengan kadar segera, sebelum cili merah hinggap kat mata. cili besar merah tak pedas sangatkan.Kenapa plak nak gonyoh kat mata dia, sebab mulut dia yang jahat.ha ha ha

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina