Tuesday, May 10, 2011

Mesin masa

Salam hari selasa................... semoga semua pembaca blog ni sentiasa happy.


Kalau boleh aku nak cipta mesin masa yang boleh pergi semula ke alam persekolahan. Hidup sentiasa gembira dikelilingi teman-teman sebaya. Masa tu problem dan bebanan keja tak de. Celik mata belajar, bermain, bergurau senda dan yang paling best huru harakan asrama. Nakal, nakal dan terus nakal.

Hari ni aku nak sangat cite pasal sekolah, sebab excited sangat nak tunjuk gambar ni kat anak aku, sebab dorang tak pernah tengok gambar aku masa bersekolah. Kira cam kejutan ko. cam poyokan.Terima kasihlah kat kawan-kawan yang menyumbang gambar ni. Setelah habis form five, baru aku tengok gambar ni balik. lamakan.Memang aku jenis yang tak suka simpan gambar.

Sumpah, dalam album simpanan ,aku tak de langsung gambar zaman persekolahan, waima sekolah rendah atau menengah, sebab tu bila kawan tag gambar ni, aku cam excited. cam dalam mimpi pun ada.




Cer teka cer teka aku yang mana? Muslimah sejatikan, masa ni belajar kat Sekolah Agama Menengah Hisammudin.Kelang. Belah kanan sekali , kalau tak silapa ku Dayang kusukmawati dari Brunei. Rindu sangat nak nengok wajah dia sekarang. Pelajar sekolah ni banyak yang tinggal jauh, sebab tu kebanyakannya tinggal asrama. Kat sekolah ni gak ada 2 orang anak Datuk Ustaz Hassan Azhari, Najibah ngan Abd Rauf(sekarang ni doktor) sempoi dan satu kepala ngan aku dan geng. Kalau tak silap, Najibah tu satu dorm ngan aku.




Kelas lama, sekarang kelas tu dah ditukar bangunan baru. Kalau masa boleh di putar semula pasti keempat-empat tayar Ustaz Fahmi ni aku pancitkan. Sedangkan satu tayar yang pancit pun dah kena public canning, kalau 4 tayar sekali, fikir fikirkanlah.




Aku rindu sangat ngan kawan aku no 5 dari kanan, Norfaini Nordin. Last jumpa masa form five, ntah tak tahu kenapa, ngan dia saja aku nak jumpa. Maaflah kawan-kawan yang terbaca blog ni, sebab tiba-tiba je aku terasa kecik hati ngan Nurul himmah yang tak duk hostel tu. Aku pun tak kenal dia. Don't judge a book by its cover, pesanan tuk dia ni. Pelik je, dia kaw kaw pulak menyound aku gara-gara banyak kat wall facebook aku gambar artis seksi. Memang aku suka nengok perempuan seksi .so what



Time study waktu malam.



Tengah bernasyid. Ingat tak dulu kalau bernasyid je sinonim ngan wat tangan cam tu. Fokus gambar kat tangan ye murid murid.



Rindu kelas lama. Kenapa yek dorang tak sama cam masa sekolah. Aku suruh dorang jengah blog aku pun dorang pandang sepi. Aku tak de hal, dorang tak tengok 10,000 orang datang blog aku. Kejikan statement ni. Kalau tak sudi tengok, sila jangan komen ye. Aku pun tak sudi nak terima komen korang. Jangan kecik hati ye pembaca setiaku, pesanan keji ni tuk rakan sekolah yang tut tut , tak lah semua.Tak boleh kutuk lebih-lebih dorang ni banyak yang lawyer, kang aku kena saman plak.

Nak tarik nafas lega ni.Aku gembira sangat langau dah keluar dari opis ni. Ya Allah ya tuhanku, janganlah dia kembali ke sini, suwey.

Lupa plak aku kena kembali ke 10 May 2011, boss aku dah pesan sebanyak 2 kali, jangan cuti hari ni auditor nak datang. Kalau masuk kali ketiga dia pesan benda yang sama, aku akan buat terbalik. Maksudnya aku cuti, sebab aku pemantang sikit orang cakap berulang ni. Nasib baik dia paham kepala hotak aku.

Aku kena terima kenyataan, tak boleh happy macam time sekolah, diaudit adalah cam jumpa hantu. Scary. Internal audit amat menyeramkan. Dah ketak kepala lutut ni, sebab dorang soal cam aku kat kandang tertuduh. Bayangkan cepat.


Cite dah habis. Aku nak keluarkan file nak tunjuk kat dorang. Jumpa lagi dilain rancangan.

korang nak pegi zaman sekolah tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina