Thursday, May 26, 2011

Puff Tuna


Hari ni kita belajar buat puff tuna.



Tuna , terpulang sama ada nak yang pedas atau tidak. Kalau nak beli flake tuna pun boleh , lepas tu boleh campurkan sendiri dengan bahan yang kita suka.


Sebiji telur


Sekeping puff pastry. Puff pastry boleh dibuat sendiri, tapi nak buatnya rumit. Kalau suka beli puff pastry jenama kawan, okey gak. Nanti kalau ada masa aku up entry cara nak buat puff pastry.


sekeping puff pastry dipotong kepada dua bahagian. Satu bahagian potong ngan pisau tapi jangan sampai putus.


Satu bahagian lagi bubuh tuna.


Tutup bahagian puff pastry bertuna ngan bahagian yang dipotong tak putus tadi. Tekan keliling puff tuna ngan garfu. Sapukan telur di atasnya. Susun di dalam loyang yang dilengser ngan majerin. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit. Boleh gak jenguk , kalau puff tuna tadi dah keperangan , boleh di angkat.



Ini dia puff tuna yang dah siap untuk dihidangkan, sesuai untuk dimakan waktu petang.



Tips ngetop

1) Putih telur lebih banyak memberi kilatan pada permukaan biskut atau puff dari telurkuning.



Jumpa lagi esok.................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina