Sunday, May 8, 2011

doktor, cikgu

Salam hari minggu........................semoga korang semua happy bersama family cam happy family card.

Selamat hari ibu kepada ibu -ibu kat luar sana termasuk aku sendiri.Ibu oh ibu kaulah ratu hatiku. Aku tak dapat nak bagi ucapan kat ibuku, sebab dia dah meninggal doniya.

Hari ni cite pasal Firdaus, alkisahnya petang jumaat punya kisah, Firdaus tunjuk kat aku sebatang berus gigi warna pink.

Firdaus : mak ! mak! firdaus dah tahu cam mana nak gosok gigi.

Aku : Apasal plak, selama ni ko tak tahu cam mana nak gosok gigi ke?

Firdaus : tak , ni doktor yang ajar gosok gigi(sambil menunjukkan beberapa aksi cara gosok gigi)

Aku : Dia tengok gigi Firdaus ke?

Firdaus : ye, mak berus gigi ni bagus, doktor kasi.

Tengoklah budak -budak ni, kalau kita ngajar cara gosok gigi yang betul dia tak nak dengar, tup tup bila doktor ngajar, cepat je dia tangkap . Pandai plak dia cakap ngan aku sebelum tidur kena gosok gigi, doktor cakap. Selama ni aku pun cakap benda yang sama kat dia.

Kalau cikgu dia yang cakap pun betul je. Setiap hari ada je pelajaran baru yang dia dapat. Mungkin budak-budak kecik ni, idola dia doktor ngan cikgu kot, tapi sumpah masa sekolah rendah dulu aku paling benci doktor gigi, lebih lagi bila van gedabak kementerian kesihatan datang.takut.

Beberapa cara gosok gigi yang betul katanya Firdaus.



Firdaus ngan muka blur nengok berus gigi. Aku suka sangat ngan gambar ni. ntah tak tahu kenapa. Terlalu suka sampai gambar ni aku buat wallpaper kat HP.




Excited tunjuk cara nak gosok gigi yag betul.







Korang layanlah video budak excited nak tunjuk cara nak gosok gigi ngan betul.

video




Lepas mandi pakai baju tidur serba hijau.



Rekod buku yang sudah diibaca, lepas tu suruh aku tandatangan. Firdaus main paksa-paksa, suruh tandatangan cepat, sebab tu aku kena duk nengok je dia baca, takut dia cenggelat.

Layan ye musim video maharaja lawak ni .................

video




SEKIAN WASALLAM ......SELAMAT HARI IBU SEKALI LAGI YE. SEMOGA KORANG JADI IBU YANG TERBAEK PADA ANAK-ANAK KORANG.


Naz terima kaseh ucapan hari ibu tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina