Saturday, June 18, 2011

Sabtuku

Salam hari sabtu..............


Dah lamanya blog ni bersawang . sikit -sikit je sawangnya. Jangan ambik endah tajuk entry yang tak membina minda tu. dah tak tahu nak buh tajuk apa.

Hari ni makcik nak tepek 2 resepi yang ala -ala orang malas nak masak

1)Sambal merah sambal luar biasa(nama resepi reka sendiri) Tak de niat nak tiru lagu siti cinta luar biasa ye. kwang kwang



Mula-mula keluarkan senjata yang dah lama tak guna, jeng jeng lesung batu. Basuh dulu lesung batu, mana tahu kalau ada lipas atau cicak yang duk merayap kat situ.


1)4 biji cili merah
2)8 biji cili padi merah
3)1 biji tomato warna merah- potong kecik- tumbuk paling last sekali
4)1 biji bawang merah kecik
5)2 helai daun limau purut
6)2 cm belacan
7)1 ulas bawang putih

Tumbuk bahan-bahan diatas sampai lumat.

8)sedikit ikan bilis-bubuh last sekali.


Tumis bahan tumbuk dalam sedikit minyak sampai naik bau. masukkan ikan bilis. Perasa ngan garam, sesudu gula, pak aji naik moto secoet. Masakkan sebentar., kemudian angkat.



Jeng jeng sambal merah sambal luar biasa.Jangan tak cuba ye.sedap(sila jangan sepak, sebab puji masakan sendiri)


2)Ayam goreng tomyam


3 sudu paste tomyam


1 batang carrot kupas dan potong serong.


1 labu bawang besar dihiris, 2 cm halia dihiris bulat, 3 helai daun limau purut ngan 2 biji cili besar merah dibelah dua.


Ayam ni suku je, bahagian dada ngan kepak.


Tumis bahan hirisan tu dulu sampai layu, kemudian letak paste tomyam. Last sekali masukkan ayam bersama carrot. Kalau suka boleh tambahkan sedikit air. Perasakan ngan sikit garam gula .





Ayam goreng tomyam ku dah siap. Silakan makan.





Tips Ngetop


1) Kalau guna lesung batu, dahulukan tumbuk cili sampai lumat diikuti ngan yang lain, sebabnya kalau tumbuk barang yang lain dulu, cili lambat lumat.





Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina