Thursday, June 2, 2011

chocolate cup cake

Nak tepek resepi chocolate cup cake



















Chocolate cup cake tepek chocolate buttercream icing




Firdaus yang excited, maaf gambar sama ngan rumah sebelah.dah jirankan.



Deco suka suki je. Nanti nak beli nozzle saranan dari ratu. Betul gak dia cakap, tak payah susah payah nak basuh piping beg.


Last sekali baru nak tepek resepi dari sifu ku
Joy baking.com


Chocolate Cupcake

50grams coco powder dilarutkan dalam 240ml air mendidih(ketepikan , biar sejuk)
300 grams tepung gandum (jenis tepung tak tiru joy ye)
200 grams gula castor
butter 250 grams
3 biji telur besar
2 tsp essen vanilla
2tsp baking powder
1/2 tsp garam






coco powder yang dilarutkan dalam air mendidih



Pukul butter ngan castor sugar, sampai kembang.Lepas tu masukkan tepung yang telah dicampurkan ,baking powder, ngan garam. Putar sampai semuanya bergaul rata. Last sekali tuangkan coco powder yang telah dilarutkan dalam air.Kacau lagi bagi adunan sekata.



Tak de cup lain, cup muffin pun aku tibai.

Tuang adunan dalam cup . Bakar pada suhu 190 darjah celcius hingga 25 -30 minit

Jom buat chocolate butter cream icing plak

coklat dicairkan
butter 250grams
gula icing 160grams diayak
1 tsp essen vanilla.




Coklat yang dah cairkan.



chocolate buttercream icing

Pukul butter ngan icing sugar sampai kembang .lepas tu masukkan coklat yang cair dan sejuk..Nak buat icing pun ada teknik. Pusing perlahan dulu, dah agak kembang, baru pusing laju.

Cup cake dah sejuk, boleh tepek ngan icing.


SELAMAT MENCUBA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina