Saturday, June 4, 2011

coffee cup cake tepek cream cheese frosting

Salam hari sabtu,..... Masa tuk membaking, siri kerajinan dah sampai. Harap maaf ye oleh kerana resepi ni rekaan sendiri, ada sikit-sikit yang aku agak lupa berapa gram yang dicampak kat situ.

Ini yang aku ingat ye,


nescafe bancuh ngan air panas dan sejukkan. tengoklah banyak mana yang korang suka, jangan terlebih nescafe udah.


adunan yang dah siap, tunggu nak masuk dalam oben je.

bahan-bahan

250 grams butter
200 grams castor sugar
essen vanilla beberapa titik
300 grams tepung gandum campur 2 tsp baking powder
telur 3 biji

cara-caranya


Pukul butter ngan gula castor sampai kembang.Lepas tu masukkan telur sebijik demi sebijik. Dah kembang masukkan tepung yang dicampur baking powder.Kacau sekejap, kemudian tutup suis letrik pemutar ye murid murid. Masukkan bancuhan air nescafe tadi ke dalam adunan. Kacau ngan sudip kayu. Tak de sudip kayu, besi pun boleh.ekekkek. Masukkan adunan hingga separuh cup, bakar pada suhu 190 darjah celcius hingga 25 minit.Angkat dan sejukkan atas redai.

cream cheese frosting

250 grams cream cheese
200 grams icing sugar
lemon
butter
sikit essen vanilla

Putar cream cheese ngan butter dengan perlahan hingga cantik . Tak tahu lagi nak guna perkataan apa. jangan lupa buh essen vanilla beberapa titik. Lepas tu baru buh icing sugar, kacau ngan perlahan lagi.lepas tu kacau kuat, kemudian perah sikit lemon juice dalam cream cheese tadi.






coffee cup cake tunggu tuk disolek


Aku dah ngap separuh, saja buh banyak cheese. nak nunjuk kemontokkan cup cake tu.


Cream cheese frosting boleh gitu kasi conteng.





Harap maaf , aku budak baru belajar sendiri.


Nak wat apa-apa kena spontan je, tak payah nak teragak-agak, jangan berkira -kira dan bersukat sangat. redah je.Insyaallah jadik, paling penting basic kena tahu.

SELAMAT MENCUBA.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina