Tuesday, June 21, 2011

Jom layan

Salam hari selasa...............


Semalam aku cite pasal kejayaan yang tak berapa cemerlang sangat wat Apam tepung beras. Hari ni aku ngan tak malunya nak tepek resepi. Ratu , akak nak wat apam resepi dari ko, tapi ovallete tak de kat rumah , tunggu hujung minggu Insyaallah wat apam tu.

Masa belajar ngan arwah mak guna ragi tuk tapaikan nasi. Sekarang ni aku buh yis, sebab kalau guna rugi makan masa sikit. Ragi ngan yis , dua-dua aku beli, kalau rasa nak rajinkan diri bolehlah guna ragi wat apam hujung minggu ni.



1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
1 tsp yis mauripan
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir(kalau nak tak nak manis sangat, kurangkan gula sedikit je. Apam ni kalau tawar sangat pun tak sedap.

Kisar nasi ngan 1 1/2 cawan air sampai hancur. Kemudian masukkan 1 1/2 cawan tepung beras ngan 1/2 cawan tepung gandum ngan gula pasir hinggan gula hancur halus. Perap dalam bekas kedap udara selama 4 atau 5 jam.



Taburkan eno kaler biru dalam aduanan perapan, kacau kemudian biarkan sekejap.



Didihkan air dalam pengukus, panaskan acuan,tuangkan adunan dalam acuan. kukus selama 15 hingga 20 minit dalam api yang besar.



Apam ni sedap dimakan ngan kelapa parut yang digaul ngan garam,Kukus sekejap kelapa parut sebelum digaul garam.



Apam tepung beras ni boleh diwarnakan ikut suka.




Saja je nak menunjukkan kegebusan apam ni.



Tips Ngetop

1)Kisar sebiji timun, kalau nak menghilangkan rasa pedas dalam mesin pengisar.
2)Kelapa parut dikukus dulu sebelum digaul garam, bagi mengelakkan cepat basi .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina