Saturday, June 11, 2011

Simple dan mudah


Salam hari sabtu..............

Nak tepek resepi, dah lama rasanya blog ni kontang.


Sambal Sardin




Ikan ngan sos asingkan. Ikan sardin digoreng sekejap.





1) 20 tangkai cili kering ngan 4 ulas bawang merah kecik diblender.
2)2 biji tomato dibelah baji.(kalau tak de tomato boleh guna perahan asam jawa)
3)sebiji bawang besar kuning dihiris bulat.

Tumis cili blender sampai pecah minyak. Masukkan tomato tadi., masak hingga layu, kemudia masukkan sos sardin plak . Bubuh garam, sikit gula ngan pak aji. Semua bahan perasa hendaklah dibubuh sama rata.Last sekali masukkan hrisan bawang besar bersama ikan sardin yang dah digoreng tadi. Kacau sekejap hingga bawang besar separuh layu, kemudian angkat.


Timun goreng ngan ikan bilis


Jangan risau kalau tinggal timun je dalam fridge, timun pun boleh goreng cam sayur lain.jom layan


Timun kupas kulit kemudian belah dua, garu ngan garpu lepas tu potong nipis dan serong.



Sedikit ikan bilis dibelah dua, kalau besar.
4 ulas bawang putih hiris



Bubuh sikit minyak dalam kuali, goreng ikan bilis dan ketepikan kat tepi kuali, goreng plak bawang putih hingga kekuningan, lepas tu baru turunkan ikan bilis goreng tadi.


Masukkan timun tadi, masak sampai timun empuk .last sekali bubuh kicap cair penganti garam ngan secoet perasa.Masa nak angkat letak air sedikit.



Jeng jeng dah siap, timun goreng ngan ikan bilis.




Tips ngetop : kalau nak pastikan masakan kita rasa garam sekata , gunalah kicap cair sebagai penganti garam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina