Wednesday, July 20, 2011

jom bako

Salam hari rabu.....................

Jom membako, bukan sampah tapi bawang putih. Sesekali bako bawang putih buat obat.


Bawang putih kulit hitam ni reganya RM5/500 grams.



Potong tampoknya sikit.


Balut ngan aluminium foil.


Bakar dalam oven suhu 200 celcius selama 30 minit. tengok dulu kalau rasa tak cukup masak, bako lagi.



Lepas tu makan. Kalau rajin bakar atas tudung periuk atas dapur pun boleh. Aku ni dah terlebih rajin. Arwah ayah dulu bakar atas tudung periuk.



SELAMAT MENCUBA YE

Sambungan oleh kerana permintaan tinggi pada bawang putih..... sorry sorry khasiat bawang putih, maka ngan susah payah ku gagahkan diri mengoogle ;

Manfaat bawang putih ialah merendahkan dan mengawal kadar kolesterol dalam darah. Disamping itu ia juga berfungsi menstabilkan tekanan darah. Bawang putih juga bertindak mengawal dan merencat pertumbuhan sel kanser.

Banyak lagi manfaat bawang putih yang tidak dapat disangkal lagi. Tanaman dengan nama latin “Allium sativum” cukup berkesan untuk merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Jika kolesterol dapat dikawalkan,masalah kegemukannya juga dapat diatasi. Bercerita tentang, cara makan orang Asia terutamanya di Malaysia penuh dengan “lemak”. Semua masakan daripada nasi lemak, masak lemak, dan pelbagai masakan lemak membuat kita mudah dan terdedah kepada serangan pelbagai penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke dan pelbagai jenis penyakit berbahaya yang lain.

Bawang putih pun banyak jenis dan kateogori. Yang paling baik adalah bawang putih jantan. Bawang putih ini biasanya jarang dijual dikedai-kedai runcit.

Bawang putih digunakan sebagai ubat diabetes, bawang putih biasa diambil setiap hari sebelum makan. Pagi, petang dan malam. Badan dibawah 60kg disarankan menggunakan dos dua kapsul bawang putih atau tujuh gram sekali makan. Manakala bagi mereka yang berat lebih daripada 60kg hendaklah mengambil 3 kapsul atau 10 gram dalam masa sehari.

Seeloknya, sebelum mengambil kapsul bawang putih, hendaklah periksa kadar gula dalam darah diklinik atau farmasi.



Kalau salah info jangan sepak ye...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina