Monday, July 25, 2011

jom pegi pasar

Salam hari senin..................


Dah lamanya blog dapur ni tak berasap, semenjak dah lama tak masak kat rumah . Kebetulan hari sabtu ngan minggu , suami gi memancing, aku lepak kat rumah yuyi , apalagi ada agenda masak-masak. Anak -anak aku ni kononnya tak berapa suka beli kat luar, tak de rasa katanya. Bukan selalu pun aku masak kat rumah yuyi, selalunya dorang datang makan kat rumah aku je.

Ambik ko, nak sangat aku masak, hari minggu tu subuh lagi aku dah ajak dia gi pasar. Tak pandai aku gi pasar bila matahari dah tegak atas kepala. Kalau ada pasar yang bukak pukul 3 pagi , aku suka je nak pegi.

Dah terbiasa , arwah ayah ngan mak tak suka anak-anak dia bangun lambat. Hujung minggu jangan harap nak tidur tinggi hari, subuh lagi dia dah suruh aku buat sarapan. Sampailah la ni, kalau terbangun pukul 6 pagi, aku cam tak tentu arah, tak tahu nak gapai yang mana satu dulu. Penangan dapat arwah ayah yang garang bagus gak sampai sekarang aku tak lupa ajaran bangun subuh hari.

Jom layan sayur tuk stok seminggu aku ngan lauk masak hari minggu tu. Aku pun tak tahu , kalau gi pasar nampak sayur aku cam teruja semacam.Rasa semua sayur aku nak beli. Ayam ngan ikan aku tak beli pun. Aku rasa senang kalau ada sayur kat esbok pandai je nanti aku nak masak dan tambah lauk lain sikit-sikit.



Daun keledek kalau goreng ngan udang kering tumbuk sodap.



Daun saderi ngan daun bawang simpan tuk aksesori.



Spinach kalau goreng ngan bawang putih sodap.



Tamak, aku beli baby kailan sampai 2 kilo, Firdaus suka sangat ngan sayur ni. Sodap goreng belacan, ikan masin, bawang putih atau sos tiram.

Sebelum masak, belah 3 atau 4 baby kailan ikut size. kalau basuh tu selak-selak sikit, takut ada serangga kat dalam daun, mana kita tahukan. Lepas dah basuh bersih tuskan.



Goreng hirisan bawang putih sehingga kuning, lepas tu masukkan ikan tenggiri masam yang dipotong kecik-kecik. Bila bau semua dah semerbak, masukkan baby kailan yang ditus tadi.Sekiranya goreng sayur ngan belacan, ikan masin atau sos tiram elakkan pengunaan garam, sebab 3 benda tu dah masin.




Jeng jeng dapat 2 pinggan baby kailan goreng ikan masin.




Yuyi nak makan jering cicah sambal belacan Nenas. Gigih cari jering tumbuh, hampehhh tak de. Dia nak makan aku layan je beli jering muda . Aku kurengg minat sangat makan jering muda, tak klimaks, rasa pedau je, lemaknya tak de.



Aktiviti Masak sup tulang selangka lembu kampung ni di rumah yuyi, kalau kat rumah memang tak pernah masak daging lembu. Isi tulang selangka lembut. Beli kat pasar, fresh dari kat pasaraya. Buang lemak-lemak yang melekat kat isi , lepas tu basuh bersih dan tuskan.



Daun sup ngan daun bawang , kepakkan dulu cucur kat air buang pasir, lepas tu baru racik sederhana besar. Racikan aku ni korang jangan tiru, memang tak henggat punya.



ketuk-ketuk halia , hirisan bawang putih, bawang besar kuning , bunga lawang ngan kayu ,manis.Jangan lupa bancuhan 4 sudu rempah sup ADABI. Tumis rempah kering , diikuti ngan rempah basah dalam minyak yang sedikit , guna api sederhana.Dah naik bau semua, baru masukkan air diikuti tulang selangka tadi.



Rajin-rajin buang minyak yang terapung kat permukaan sup . Kalau boleh jangan buh bahan perasa , lebih lagi cam sup tulang atau daging lembu sebab supnya dah manis tanpa bantuan agen perasa. Kalau boleh bubuh garam je. Masak sup sampai daging betul-betul empuk.Biar sudip atau senduk kat dalam periuk masa sup mendidih,, petua nak elak sup tu melimpah keluar. Tetiba je ada petuakan.



Lepas dah angkat, taburkan hirisan daun sup dan bawang.Baru puas hati yuyi makan sup tu yang tak de perasa. Dia ni allergic sikit ngan perasa .Tekak dia cepat loya.

Kekadang aku kurang paham ada peniaga makanan yang letak perasa pak aji kat dalam lauk yang mengunakan santan atau sambal kacang. Selain dari lauk bersantan ko nak letak ciput tak pelah . Rasa tekak cepat dahaga atau loya, kalau makan makanan yang guna bahan perasa berlebihan.



SEMPENA BULAN RAMADHAN YANG AKAN MENJELMA TAK LAMA LAGI KALAU BOLEH JANGAN BERLEBIHAN BERBELANJA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina