Thursday, July 14, 2011

makan makan-besday yuyi

Salam hari khamis...............

semalam nak update, tak jadi sebab sibuk plak. harijadi tapi tak de potong kek pun, biasalah yuyi tak suka sangat benda remeh temeh ni. Dia datang nak makan je, lagi pun dia baru baik demam, tak selera sangat.

Hari tu masa aku masak ikan cencaru kukus dia tak merasa, memandangkan dia tengah demam ni, tak selera makan bergoreng , aku kukuskan ikan..



suami ku yang gigih menghiris halia.Bab ni dia expert.



Untuk meredakan batuk yuyi rasam.



ikan cencaru + selar kukus, resepi dah tepek kat sini.



Kangkung goreng semestinya banyak batang kangkung, peberet yuyi.



Aku yang buat kicap cili tuk cicah ikan kukus tu.



tapi ada pertambahan oleh suami. Dia kata lebih bawang lagi sedap.



Bendi goreng.



Besday girl

Resepi bendi ngan kangkung goreng lebih kurang sama

1)bawang merah 5 biji
2)1/2 inci belacan
3)cili api 4 biji + cili masak 2 biji
semua bahan kisar.

5 atau 6 ekor ikan bilis.

Tumis 5 atau 6 ekor ikan blis, kemudian masukkan bahan kisar sampai naik bau lepas tu baru masukkan sayur. Bendi goreng tu buh kicap cair ngan 1/2 sudu kecik gula tuk penambah rasa.


Tips ngetop untuk bendi goreng

1) Nak elakkan bendi goreng berlendir, basuh dulu baru potong ikut suka

2)Nak elak berlendir lagi , kalau boleh potong bendi masa nak dimasukkan kedalam bahan tumisan.

3)Kalau nak berkuah sikit, letak air sebelum bendi goreng diangkat.

4)Bagi mengelakkan rasa masin kat bendi goreng tak sekata ,bubuh kicap cair sebagai penganti garam,

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina