Friday, August 19, 2011

Bukan siri penyiasatan hardy boys.

Salam ramadhan.............

Tetiba je kan lepas naik dari bawah nampak budak c yang bernama zaitun bila nama dia ditranslate ke bahasa melayu, aku jadi hangin satu badan.Hari tu teman sekampung ada tulis cerita pasal zaitun tu kat sini tapi rasa tak cukup kaw. Aku nak tambah sikit kronologi sebelum pau terbakar.

Semasa kejadian aku tengah duk bersantai kat belakang bilik kejadian. Kemudiaan aku tercium seperti bau mayat terbakar menusuk-nusuk kedalam lubang hidung. Semakin kuat bau tu , semakin bulu romaku terutama dibelah kaki dan tangan meremang. Kemudian lagi aku suruh monster (nama samaran)panggil budak preggy keluarkan roti dari oven takut dia lupa masa tu dia tengah syok tido kat opis aku.

Selang beberapa minit monster datang kembali ngan muka sememeh seakan nak menangis.

monster : his his kak ada benda terbakar, habislah saya lupa nak keluarkan ikan bakar  ke?.

aku : cepat cepat tutup pintu , kita duk sini diam diam . ko buang semua bahan bukti. Monster ngikut arahan ngan jayanya.Jangan lupa bahan bukti yang paling kuat, air asam pencicah ikan bako buang sekali ngan bekas dalam tong sampah.

Kemudian aku ., monster dan dua orang penyiasat duk kat belakang nak perhatikan orang pertama yang akan masuk ke tempat kejadian.

Masa kita orang nak menangkap sipenjenayah, lalu Ms.Doo boss sizaitun ngan muka ala ala singa kelaparan sedang mengaum sambil berkata "aum aum apa bau ni? korang ada masak ke?"

Sialan puya n Ms.Doo bangsa C suka nak tuduh melulu .Kemudian keluar plak orang atasan yang paling tertinggi yang lepas membuang aku plak kena sental air kunyit kat mangkuk jamban sebab dia spesis basuh tak berseh buat muka keji pandang kita orang..

Tunggu dah lihat sapa yang kena.

Setelah menunggu hingga ketiak semua berpeluh, akhirnya muncul pembakar pau hitam bernama zaitun.





rupanya kawan aku lagi seorang dah serbu pintu depan, manakala aku dan penyiasat yang lain serbu dibahagian belakang.

Zaitun(muka cam laki mati) : his his kenapa jadi cam ni, apa yang dah berlaku.

Aku (ala ciannya tengok muka polos tu) : awak bako pau berapa jam?. ngan perasaan belas kasihan kat hati aku ni,"tak pe awak tak tahukan, jangan takut."

Zaitun : maafkan saya ye, saya takut jangan cakap ms. doo ye. (cam perempuan suci murni setulus minyak seri murni(jangan lupa produk company gak tu)



Tengok tu cam mana kesan kepanasan tinggi , habis semua jadi kelam.


Aku pun lepaskan begitu saja perempuan polos tu pergi, kesian ngan dia orang baru katakan. Paling aku kesian ngan monster , punyalah terlampau takut sampai lupa yang dia bawa 2 ekor je ikan bakar , mana datang plak ada lagi dalam microvave. Aku sempat tuing kepala hotak dia, "dalam perut ko tadi apa, bukan ikan bakar ke."cian dia trauma, lepas ni kalau nampak ikan bakar mesti dia tersengih-sengih.

Nak dijadikan cerita datang segerombolan geng dia bangsa C tanya kat aku "sebelum zaitun pakai microvave tu ada tak orang lain pakai?"

Aku dah bengang masa tu "apasal, tak de orang lain pakailah, kalau ada orang lain pakai pun tak de jadi cam tu."

geng tu sambung lagi "zaitun cakap dia tak buat cam tu."


The moral of the story nampak jelaskan cam mana bangsa C tu nak menyokong bangsa dia habis -habisan, sedangkan dah terbukti bangsa dia salah. Bila aku suruh bersehkan tempat kejadian dia panggil bangsa I bersehkan. ooo mulai dari sekarang nampaknya aku tak boleh percaya perempuan berwajah polos , bahaya main tikam belakang.

Betapa kuatnya pengaruh bangsa C, selepas kejadian senyap cam tu je , cuba kalau yang buat tu bangsa M, habislah mahu siap kena menjawab ngan bos. Peliknya sekarang ni bangsa M banyak plak nak menjatuhkan bangsa M sendiri.

Sumpah selepas kenal dan jumpa ngan budak bangsa M yang nampak polos habis tapi eeee tak nak buat dosa , mungkin lepas ni aku tak akan percaya sesiapa lagi, maaf cakap semoga Allah membalas perbuatan dia, tanggung sendiri.

Sapa nak kutuk , nak tulis buruk pasal aku , tak de hal sebab unik visitor yang ramai lebih menambahkan pendapatan aku dalam bulan ramadhan yang mulia dari bulan-bulan yang lain selain dari pahala dari Allah SWT. Insyaallah.Tak nak tulis lebih-lebih nanti dosa............Aku ni dahlah tak banyak pahala, kalau boleh tak nak wat dosa dosa ringan ni.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina