Tuesday, August 16, 2011

Kaduk naik junjung

Salam Ramadhan..............

Maaflah tajuk cam tak kena ngan cite ni, tapi tak pelah aku teringin nak makan daun kaduk, dulu masa sekolah hari-hari lalu kat belakang dewan hamzah kelang , menimbun daun kaduk, sekarang ni apa pun dah tak de kat situ, yang ada jalan bertar.

Hari ni nak cite pendek je ye, sebab mata cam ngantuk sebab masih trauma pegi Jepun pagi tadi . Cam tulah gayanya kalau dah bangun gatal-gatal nak tidur jap, alamat terbabas .

Bangun kul 4.30 pagi masak bagai , kul 6.35 pagi rancang nak mandi ngan bersiap, tak jadi plak tengok firdaus tidur aku menepek kat sebelah dia, dapat ko terbabas sampai kul 7.18. Apa lagi kelam kabut capai hp call kak limah suruh tunggu kalau aku terlambat.

Mood belum sampai lagi kita cite sempoi -sempoi ye, pasal nasi goreng sahur semalam.


Nasi goreng kampung berkacang panjang.



Kacang panjang dalam secekak potong 1/2 cm.



6 tangkai cili kering kisar kering bersama 4 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih. Ikan bilis segengam kisar.

Tumis cili kisar sampai pecah minyak , kemudian masukkan ikan bilis kisar.Perlahankan api masa menumis. Pecah kan sebiji telur, kacau sampai garing,kemudian masukkan kacang panjang tadi. Biar kacang panjang sedikit empuk kemudian masukkan nasi yang dah digaul ngan sedikit garam. Kacau sampai nasi ngan bahan tumisan sebati, kalau suka boleh letak secubit kecik perasa.



Jeng jeng nasi goreng kampung berkacang panjang-sesuka hati je aku buh nama.



Ikan kembung goreng ni perap garam ngan rempah kari , gaul ngan tepung jagung, lepas tu goreng.Makan bersama nasi goreng kampung berkacang panjang.


Sebelum berundur aku nak bagi nasihat sikit pada yang berminat nak mencampur sayur dalam masakan tu, kalau boleh biarlah yang logik dan serasi, jangan jadi kat SINI.Sapa susah , kucing gak yang susah.kwang kwang kwang .


Aku suka sangat ngan pepatah kaduk naik junjung. Baru aku tahu kenapa ngan pepatah tu, daun kaduk ni tumbuh menjalar, kalau ada yang baik hati buat junjung tuk dia , itu yang dia berlagak tu. Serius aku tak pernah lagi makan daun kaduk. Sedap ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina